Friday, March 20, 2009

Slumdog Millionaire 'cabar' bahasa Inggeris?

Assalamualaikum...

Sehari sebelum pulang ke rumah sempena cuti mid term nie,Ak bersama Aisa sempat menonton Filem Slumdog Millionaire yg telah memenangi Grammy Award!Ak dengan penuh inkuiristik melihat sejauh mane kejayaan tersebut....Betul...Tapi..kenapa Filem Malaysia x menang ek??


Banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.

Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.

Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.

"You don't have to be a genius," kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.

Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.

Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?

Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.

"Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?" tanya hos program itu.

Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.

Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.

"Benjamin Franklin," jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.

Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.

Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.

Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.

Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.

Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.

Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.

Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.

'Kritik halus' ke atas bahasa Inggeris
Slumdog Millionaire, selain itu telah mengangkat filem Hindi yang menggunakan bahasa Urdu ke peringkat dunia walaupun pemikiran rakyat India dan para pemimpinnya masih terbelenggu oleh penjajahan Barat.

Kejayaan filem ini yang 'gagal' dihidu pemimpin Malaysia ialah betapa filem Hindi akhirnya telah berjaya mencipta satu istilah baru dalam perbendaharaan Inggeris; iaitu Slumdog.

Hasil carian penulis ke atas slumdog di http://www.merriam-webster.com/dictionary/slumdog misalnya tidak membawa kepada apa-apa tafsiran ke atas slumdog.

"The word you've entered isn't in the dictionary. Click on a spelling suggestion below or try again using the search bar above," demikian petikan kamus maya Merian Webster daripada internet. Sebagai gantian, Merriam Webster menawarkan pengguna menyemak 14 istilah sebagai gantian ke atas istilah 'slumdog' yang tidak dijumpai itu.

1. slummage
2. sun dog
3. slumdom
4. slummock
5. slumgum
6. psalmody
7. smudge
8. semilog
9. smoodge
10. sandhog
11. slammock
12. psalmodic
13. semology
14. Sumgait

Rakyat India yang kuat asuhannya dalam pengajaran aliran Inggerisnya, telah berjaya 'memaksa' penjajah mereka, manusia Barat untuk akhirnya menerima satu ungkapan yang asalnya tiada dalam perbendaraan kata dan istilah mereka sebelum ini. Antara buktinya, Slumdog Millionaire mendapat pengiktirafan filem terbaik dalam Grammy Award!

Apakah Finas dan lain-lain lembaga perfileman kita mampu mencapai ke taraf itu?

Thursday, March 19, 2009

Jauhi BICARA aib orang lain

SALAM


"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata Hasan al-Banna.

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!"

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan
Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja
Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia

Monday, March 16, 2009

Bangga Diri

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Tiba2,
hati ini terdetik.
Kenape air dicincang tidak putus?
Kenape ikan di laut walaupun dah berada di laut,tp time nak masak kene letak gak garam?

Subhanallah..Maha Suci Allah..

Besarnya dan Agungnya Ciptaan Mu...

Setiap kali kita solat,
Setiap kali itulah kita kene khusyuk.

Wajib ker Khusyuk?
Ader pendapat Ulamak menyatakan tidak sempurna solat tanpa khusyuk..
Kalau macam result dapat cukup makan la bahasa biase.

Analogi solat khusyk ialah seperti membeli nasi dalam kelongsong@berbungkus.
Sekiranya kita hanya solat secara zahir yakni hanya pergerakan semata2..sama lah kita pergi membeli kelongsong tapi nasi tiada..walhal niat sebenar kita nak beli nasi kan..

Memang mudah utk melafazakan khysuk.
Namun...
Mudahkah pula hendak dipraktikkan?

"kalau nak khusyuk dalam solat kita kene buang segala rasa bangga diri dalam diri kita"ujar seorang ustaz yg mengajar Kitab Musooli.

Suka untuk saya membawa satu kisah yang tidak asing lagi bagi kita semua.

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

WalLahua’lam.

Saturday, March 14, 2009

..J.K.L.M..

Salam.

Syukur n Tahniah kepada Lutfi yg dapat abg ipar baru.

Pok chek,herman,Syakir,Jimmy n Aku turut buat2 menyibuk dalam buat persediaan Majlis kat umah saudara Lutfi..



Saatnya Untuk Menikah

Kalau anda seorang teman sudah tidak dapat menteteramkan jiwa, kalau mata sudah tidak lagi dapat ditundukkan pandangannya dengan sempurna, kalau hati sudah sentiasa berasa gelisah… barangkali inilah saatnya untuk menikah bagi anda.

Bukankah Allah berjanji akan memberikan kecukupan jika engkau miskin?





Festival Makanan Kelantan
Kuih Miuh....-->Kuih Muih bukan Muizz

Kuala Kangsar punyer tekapan...x silap ak.


so,k n jimmy jalan2 kat Kelate....

Friday, March 13, 2009

Jawapan kepada Soalan..

Aku meminta kpd ALLAH utk menghadiahkan kpdku KESABARAN,

ALLAH menjawab tidak. Itu tidak dihadiahkan,itu harus dipelajari...

Aku meminta kpd ALLAH utk menyempurnakan KECACATANKU,

ALLAH menjawab tidak. Jiwa tidak sempurna,badan hanyalah sementara...

Aku meminta kpd ALLAH utk menyingkirkan PENDERITAANKU,

ALLAH menjawab tidak. Itu bkn utkku singkirkan,tetapi agar kau mengalahkannya...

Aku meminta kpd ALLAH utk memberikanku KEBAHAGIAAN,

ALLAH menjawab tidak. ALLAH memberikanmu keberkatan.
Kebahagiaan adalah bergantung kpdmu...

Aku meminta kpd ALLAH segala hal sehingga aku dpt MENIKMATI HIDUP,

ALLAH menjawab tidak.
ALLAH memberimu hidup sehingga dpt kau nikmati segala hal...

" Setiap kesulitan akan bertambah apabila dihitung2,tetapi akan hilang apabila kita tidak hiraukannya lagi... "

Alwayz remember ALLAH SWT..InsyaAllah...

Thursday, March 12, 2009

KPM KYUEM JULY08

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pertama skali Tahniah kat adik ak dapat result SPM yg agak cemerlang.
Dan kepada Adik2 yg ambik SPM taun nie
yg dapat gempaq tu ingat sujud syukur..n doa supaya Allah berikan hidayah dalam kesenangan..
Kepada yg kurang berjaya anggaplah diri sudah berjaya dan perlukan kejayaan yg lebih lagi jgn down sgt2..Masih ader peluang wat btul2 matrix,A level,Diploma Degree dll.haha,,
...x yah cakap ar kan..

Cuma kat sini suka untuk saya inform kan sekali lagi setelah segala memo n pemberitahuan secara bertulis kpd smua junior kpm kyuem x berapa kesampaian sgt....

k..sy dah terima bnyak sgt mesej...

Baca btul2

1. Borang keselamatan tu hendaklah dihantar pada 23.3.09 yakni hari isnin kpd saya atau Mafuzah selaku ketua KPM bahagian perempuan.bukan seperti yg ditulis pada borang tersebut yakni sebelum 18 Mac 2009.OK?

2. Berkenaan dgn panduan pengisian borang keselamatan tu.Rujuk yg no. 9.Kumpuan A ialah kumpulan2 yg lebih kurang panduan isian borang pengakuan time nak daftar dulu.Ingat x>>??

3.Tentang BTN telah dicomfirmkan(InsyaAllah pada 6-10 July) k ader aper2 masalah sila bagitau time g kolej nanti.

Any problem call me: 0139624107.

uhhh..Alhamdulillah harap2 kesampaian la maklumat nie...tolong sampai2 kan eh...


So, bnyk isu yg telah kita tempuhi stakat nie kan..

Bajet MINI dah persidangan bawah pokok yg dah ad memorial kat pokok dah..


pasni aper lagi ek?

Tunggu PM baru ker??

harap2 dapatla PM yg lebih bagus..

ok..Islahlah diri mu time cuti2 nie...

Monday, March 09, 2009

Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pertama2 marilah kita bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(002:185)

Salam Maulidurrasul

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sambutan Maulidur Rasul adalah sebagai mengingati satu peristiwa yang cukup bersejarah bagi umat Islam iaitu, kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda bukan sahaja sangat bermakna kepada umat Islam, malah sebenarnya membawa mesej global islah dan reformasi.

Nabi Muhammad diutuskan ke dunia untuk membawa perubahan. Menghentikan kezaliman dan mewujudkan keadilan. Ini adalah mesej global yang relevan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira pegangan dan kepercayaan mereka. Rasulullah hadir ke dunia dan memulakan perjuangannya menegakkan kebenaran dalam suasana penuh kepayahan dan cabaran. Namun ini sama sekali tidak mematahkan semangat dan keazaman baginda untuk memastikan kezaliman dihapuskan dan keadilan ditegakkan.

Dua aspek ini, penghapusan kezaliman dan penegakan keadilan, adalah perkara asas yang menjadi tunjang Islam. Malah ia menjadi perkara asas dalam semua agama.

Justeru marilah kita sambut Maulidur Rasul bukan dengan sekadar perarakan dan laungan selawat semata-mata. Kita harus pergi lebih jauh untuk memahami mesej dan tujuan sebenar Rasulullah diutus ke muka bumi dan meneruskan perjuangan baginda dalam segenap aspek kehidupan seharian kita. Mehnah, ujian dan cabaran sentiasa merintangi perjalanan kehidupan dan dakwah Rasulullah. Begitu juga kita menghadapi cabaran dan ujian dalam perjuangan ini, walaupun mungkin pada kadar yang terlalu kecil berbanding baginda.

InsyaAllah

Sunday, March 08, 2009

Ketika....

Ketika orang lain bergantung pd dunia, gantunglah dirimu hanya pd Allah.ketika org lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika org2 pergi menghadap raja dan pembesar2 untuk mengais harta dan mencintai mrka,jadilah dirimu betul2 mencintai Allah (IBNU QAYYIM)

Thursday, March 05, 2009

Ralit....


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah 

menang dikir...

Diamond memang best..

Dr. Bano Sporting kuyt...

Go!Go!Go!


Dalam keriangan ini,

Masihkan ada peluang untuk ak lafazkan.....
dakwah pelbagai....


MasyaALLAH....

ak hantar satu mesej kepada abah-ku tentang aktiviti ak kat kolej nie..

Lantas abah-ku membalas mesej itu dgn 

"jgn jadi lalat..."

Mesej yg amat bermakna buat ku..

peringatan penting utk ak disini...

Suatu Tekad yang akan menentukan cerah gelap hidup ini..

Ya Allah berilah ku kekuatan..
Ya Allah berilah ak,ahli keluarga-ku,saudara mara-ku dan kawan2-ku hidayah,petunjuk jalan menuju syurgamu...


Monday, March 02, 2009

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

(Segala kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )