Tuesday, December 30, 2008

Israel celakalah engkau!!!

Assalamualaikum..

Dalam kemeriahan kita meyambut tahun baru hijah dengan penuh keamanan dan menyambut tahun baru masihi dengan bedilan bunga api,tidakkah kita sedar bahawa saudara2 semuslim dengan kita di Palestin sana menyambut kedatangan tahun baru masihi dan hijrah dengan bedilan roket2 mortar dan dihujani peluru2 di tanah air yang dirampas oleh org Kafir dan Yahudi la'natullah israel...

sekiranya kita belajar BM,kita akan tulis Kata Nama Khas bermula dengan huruf besar,namun sy tidak mengiktiraf israel sebagai satu negara yang sah dengan hnya menuliskan huruf 'i' sebagai huruf kecil...kalau x percaya...passport pun tada??

Mengapa hari ini berlaku gencatan senjata yang melalui proses rundingan damai namun tidak terjadi kedamaian yang diimpikan????

semestinya dalam Al-Quran Allah telah berfirman mengenai perkara ini:

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."surah Al-Baqarah,ayat 120.

israel kau sungguh celaka.....
Disebalikmu ad US dan sebaliknya lagi ade kuncu2 yang seperti lembu yang hidung dicucukkan tali....Manjadi pak turut yang hanya buta...

Saudaraku Se-Islam,
Hamas telah mengisytiharkan intifadhah ke-3 apabila Gaza dibom semalam yang mengorbankan 300++ sdara seIslam kita syahid dan 700++ cedera..Sama2 lah ita kirimkan doa dan qunut nazilah buat saudara2 kita disana

"Allahumma ya mujriyas sahab,wa ya Hazimal Ahzab,Ihzimhum,kaumal kafirin,Wa laknat a'alaihim,Wansurhum a'la kaumal kafirin"


PUTRAJAYA 29 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak seharusnya tunduk kepada sekutu kuat israel, Amerika Syarikat (AS) dalam mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis itu.
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri mengutuk tindakan keganasan israel terhadap penduduk Gaza yang mengakibatkan hampir 300 orang terkorban.

Semua masyarakat mengutuk serangan israel tidak kira daripada pebagai kaum,warganegara dan agama ini kerana fitrah manusia sememangnya inginkan kedamaian,dan sememangnya masyarakat dunia rata2 sudah tahu tentang betapa kejam dan jahatnya israel itu...

Jadi kita seboleh2nya jgnler support syarikat2 yg berkenaan dgn rejim2 zionis yg bersekongkol ini...

InsyaAllah....Salam..









Saturday, December 27, 2008

Selamat menyambut dan meraikan Tahun Baru 1430 HIJRAH

Assalamualaikum..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut dan meraikan Tahun Baru 1430 HIJRAH kepada kawan2 dan saudara saudari...

Semoga kita semua bertambah iman,berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, diberi kesihatan yang baik, bertambah rezeki yang banyak lagi berkat. Juga mendapat kebaikan dan keberkatan dalam segala yang dilakukan pada tahun baru Hijrah ini.

Apa yang penting agar kita lebih diberkati, dirahmati, dilindungi oleh Allah dan bertambah iman.Sekiranya kita tengok fenomena masyarakat dewasa ini amat membimbangkan kita..Jadi kita berdoalah kepada Allah SWT supaya memberikan kita taufiq dan hidayah dalam setiap perkara yang kita lakukan...supaya Allah memberikan kita jalan yang benar...

Akhir kata bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg berguna pada agama dan negara kita..

Kuliah Tafsir Ustaz Fadhli Paya Bemban 26.12.08

Assalamualaikum....

doenload ar nie best2...kalu nak blajar kechek klate pun sdapr..

Ustaz mengulas tentang kelbihan2 zikir,dll

Download Kuliah(klik sini)

Friday, December 26, 2008

HIJRATUL RASUL Peringkat Negeri Kelantan 1430H

Majlis Perasmian Sambutan HIJRATUL RASUL Peringkat Negeri Kelantan 1430H

-Menjana Ummah Gemilang-

Disempurnakan Oleh-

KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan

Pada

28 ZULHIJJAH 1429H-26 DISEMBER 2008 (JUMAAT)

Masa

8.30 MALAM

Tempat

DEWAN BESAR BALAI ISLAM LUNDANG

Aturcara

Ucapan dan Amanat disampaikan oleh:

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan

Ceramah Perdana Hijratul Rasul disampaikan oleh:

YABhg Dr. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR

Bekas Pensyarah Akademik Islam Universiti Malaya.

SEMUA DIJEMPUT HADIR


(kredit to syafiq Helmi)

Wednesday, December 24, 2008

Assgment....

Assalamualaikum.

Politik2..
Biarlah mereka ..
Betulkan yang biasa
biasakan yang betul
Redha Allah Matlamat Hidup..


Banyak ag assgment x siap nie...
cam ner??ak pasti ramai juga yang masih tengah menyiapkannya..kolej dah nak bukak..

process finishing assignment doesn't take only one day..but.
.
ngan lutfi kat pustaka Az-Zahra

diatas pagar??ambil jambu....
bandar Kota Bharu...(maghrib).kelihatan masjid Muhammadi
sebelah kiri atas..(maaf snap guna phone jer)
view of Sg. Kelantan from my cousin's condo(pelangi mall condo)

Petang nie pergi rumah spupu kenduri kesyukuran @ ore klate panggil bekwoh naik rumah..

k..salam

Tuesday, December 23, 2008

Belaian Ibu

ASSALAMUALAIKUM dan SLAMAT SEJHTERA..

Alhamdulillah syukur kepada Allah..
Hari ni 23.12.2008 merupakan hari Istimewa bagi MAMAku tersayang...
Tanpa MAMA siapalah aku...syukur kepada-MU Ya Allah yang anugerahkan kepadaku MAMA..
Smoga MAMA panjang umur dan sentiasa berada dalam hidayah ALLAH selalu..

Family ak n nenek ak wat dinner special kat New Horizon utk menyambut Hari Lahir MAMA ku yang ke-48.




jadi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa maka bersyukurlah dan berbuat baiklah kepada mereka..
Setitis air mata ibu bapa yang gugur kerana kesedihan,segaris luka dihati ibu bapa kerna kederhakaan kita,maka tertutup pintu SYURGA,jika tiada keampunan daripada ibu dan ayah kita..."Allahummarg fir lana zunu bana waliwa lidina waarham huma kama rabbayani soghighro"


Khas untuk MAMA aku...NAsyid from Hijjaz..


Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

Sunday, December 21, 2008

Transformasi politik

Assalamualaikum

Tazkirah..
" Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.
(bukan semua)
kan cantik kalau setiap masa pakai tudung...kan..baju jgn plak ketat sesangat...
Malaysia kan negara Islam...
Boleh pula dimain2kan hukum ALLAH nie..


MAsyaAllah..

Semalam ak sempat untuk pergi ke "Forum Transformasi Politik Malaysia"

Betullah fakta bahawa rakyat kelantan memang bijak berpolitik dan suka akan politik...evidencenyer..semalam nak masuk masyaAllah penuh kut orang...ramai x ramai org sehingga kan parking sampai dekat ngan KBMC,untuk siapa yang kenal dan hampir 500 meter daripada tempat berlangsungnya forum yang mengundang ahli panel yg "hot2" belaka...

Saper x kenal,pemuda yang berkaliber lagi bersemangat waja berkelulusan oxford..yakni Saudara Khairy Jamalulddin,merangkap Ahli Parlimen Rembau,selaku ketua gangster dan penyangak umno...ish3...die antara penyebab kekalahan UMNO PRU12.

Sungguh merah padam dan merah telinganya apabila dibidas begitu hebat dan tembakan2 tepat kene atas dahi Khairy Jamaluddin(KJ) sendiri..

apa yang menarik perhatian..KJ nie pandai gak baca Quran..Sekali die baca tunggang tebalik ngan tajwid entah kemana tapi baris betulla..

apa lagi yang menarik??tgk la dalam www.kelantan.tv kalau ader

arrogance of poweraper ini??keanggkuhan kuasa yang nyata ditunjukkan oleh salah satu parti politik di Malaysia..

kuat KJ kene malam tu

Amat menarik perhatian hujah2 yg dijawab dan dinyatakan oleh Dato Paduka Husam Musa(DPHM) sungguh bernas dan power2 skali

"terima kasih kerana anda menyokong saya untuk bertanding jawatan ketua pemuda umno"kata KJ kepada DPHM

"saya x sokong pun saper2 dalam pemilihan UMNO...mukhriz menang pun ok,kalau saudar menang pun ok.." balas DPHM..

haha..kene pulak...

KJ banyak x jawab soalan2 panas...
die banyak membelit dan meng"auta"kan fakta2..


ish2..

Ak berada dikawasan penyokong yang semua panas2.dan sungguh lantang bersuara sehinggakan suara ak pun turut serak..

apabila ditanya mengenai "adakah KJ akan cuba mengemukan cadangan untuk mentadbir bumi ALLAH nie dengan hukum Islam"

KJ menjawab...saya akan cuba untuk membawa ke peringkat dasar umno..


percaya ker>>

laung pendengar2 setia

"Takbir lar Khairy!!!!"

Sampai satu seisi soal jawab dgn penonton antara seisi yang sangat menarik..sampai berebut2 mic...x cukup tgn..

erm

satu jer saya nak kongsi,

Presiden Kelab Penyokong CIna PAS Kebangsaan,seorang rakyat Malaysia berbangsa cina menanyakan KJ tentang kesaksamaan kepada semua makhluk ciptaan Allah Subhanah WataAla..sekali die sebut lar "Allah Subhanah WataAla"..Takbir!!!

Sungguh menarik Forum semalam yang banyak mendedahkan dan memberi info2 penting dan perkongsian pendapat terhadap transformasi politik di bumi tanah Air kita ini..

Ambil yang jernih,buang yang keruh...

Prof. Aziz Barri banyak menegaskan yang rakyat Malaysia membayar cukai sebab itulah rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan semua pendapat2 dan kedengkelan yang dibawa oleh sesetengah pihak...


Wallahu 'alam..

Salam.

Thursday, December 18, 2008

KEM SOLAT MASJID MUTTAQIN(P.School)

Assalamualaikum..

Masjid Al-Muttaqin yang terletak berdekatan dengan rumah ak.

Para ajk dan mereka2 yang terlibat sedang menjayakan KEM SOLAT bagi peringkat pelajar sekolah rendah.Ak juga terlibat secara skit2 dalam menjayakan program nie...selaku ambik gmbar n disiplin...hahaha...




nie adalah antara gabar yg ak ambik...nanti ak postkan lagi x sempat lar..nak kawal budak2 nie!!!

nie ak dapat email forward

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH

k..salam

Wednesday, December 17, 2008

Jangan ragu2

Salam..

InsyaAllah sebuah tazkirah ringkas..

InsyaAllah..

"Saudaraku! Ingatlah!
hari itu semakin dekat dan ia mendatang dengan sangat dekat!

Peganglah kamu pada talian Allah,


"Telah SEMAKIN DEKAT kpd manusia perhitungan mereka!, sdg mrk LALAI (dgn dunia), berpaling (dari akhirat)!-21:1-


Cukuplah!..cukuplah..

"Tidak! Bahkan kamu MENCINTAI KEHIDUPAN DUNIA!!, dan MENGABAIKAN AKHIRAT!!"-75:20-21-

Allah..

"Apakah manusia mengira dia akn DIBIARKAN BEGITU SAJA (tanpa PERTANGGUNGJAWABAN)!-76:36-

Janganlah ragu-ragu!

"Apakah manusia mengira bahwa Kami TIDAK MENGUMPULKAN tulang belulangnya?!, (Bahkan) Kami mampu menyusun JARI JEMARINYA DGN SEMPURNA!"-75:3-..

Cukuplah keraguanmu itu..kerana ia dari Kitab yg Nyata!

"Tidak! Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar suatu PERINGATAN!"-74:54-

Tuesday, December 16, 2008

Cukupkah kita??

ASSALAMUALAIKUM


Nie adalah Puisi Arab yang telah di"translate" kan..



Sesiapa yang mahukan kemuliaan,
Maka cukuplah dengan kemuliaan ISLAM.

Sesiapa yang mahukan ketenangan,
Maka cukuplah dengan mengingati ALLAH.

Sesiapa yang mahukan kepada peringatan,
Maka cukuplah dengan ingat kepada MATI.

Sesiapa yang mahukan kepada hujah,
Maka cukuplah dengan belajar AL-QURAN.

Sesiapa yang mahukan kepada kekayaan,
Maka cukuplah dengan bersifat dengan sifat QANAAH(redha@cukup).

Sesiapa yang semuanya tidak cukup baginya semuanya itu,maka cukuplah NERAKA baginya...



So, yang mana kita dah cukup??
MasyaAllah..bersama2 kita Amalkan dan sampaikan..

Friday, December 12, 2008

Ustaz Fadhli 12.12.08

Assalamualikum

nak berkongsi tentang tazkirah yang didengari d Surau Paya Bemban,kb,qlate.
Tiada rehat bagi orang yang mahukan syurga..
Pertahankan agama kita sesama..




sorry kalau nak tgk kene rotatekan monitor anda..hahah..
salam

Thursday, December 11, 2008

Cikgu Munafik dan Students yg bjak pandai

Assalamualaikum.

cite nie copy gak ni..
just nak kongsi2..

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Wednesday, December 10, 2008

Tidak Semua Org US x suka org Islam...??

Assalamualaikum.
X semua orang Amerika x suka orang Islam.
Jika kita tgk video nie..mungkin dapat menitiskan Air mata.
Islam Terbina atas dasar Fitrah...Allahuakbar.


Tuesday, December 09, 2008

Damba Kasih




Alhamdulillah
skang nie musim cuti2 skolah maka ramailah yang ade kan kenduri kendara..
Kepada yang kawin tu Selamat Pengantin Baru dan semoga jalinan anda diberkati Allah.

Bertakbirlah membesarkan Allah.
Bertahmidlah memuji Allah.
BErfikirlah tentang kejadian yang berlaku..


Ak rasa diri ak makin hanyut..
Ya Allah ampunilah ak,
Cerahkan hati aku.
Hindarilah diri ak daripada maksiat.
Kerana ak takut akan api neraka-Mu.....

Damba Kasih
Munsyid : In-Team


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Monday, December 08, 2008

Qurban mengeratkan perpaduan ummah

Assalamualaikum

Manifestasi ibadah Qurban sebagaimana yang difardhukan adalah bertujuan mengeratkan perpaduan sesama kaum Muslimin.

This year celebration same as Raya EidulFitr coz this time my grandma has been warded.
Heart problem..

Without any hesitation,i want to tell my story abuot the first two line in this post...

Tanpa disedari sememangnyaerti Qurbantu patut dihayati.Tentang kejadian Tanah Runtuh diBukit Antarabangsa adalah sesuatu ujian Allah..setiap yang ada sebab Allah mendatangkan ia...Fikir2kanlah,Yangpatut berubah,maka berubahkan,yang kene tambah maka tambahlah...yangmane kena buang maka buangkanlah..

Hari raya Qurban tahun nie,
entah kenapa ak rasa ad benda yang kurang dan x berapa feel la..
aader lar tu..silaturrahim yang ak harapkan x semekar bunga dipagi hari..x per..ader hikmahnya..

Sedangakfikir2 bendatu banyak pulak mesej received..Alhamdulillah..

Taun nie bapak ak Qurban d Paloh,Wakaf Bharu..kenal kod dop?
Kene2 kat situ sebab kawan bapak ak wat reunion lar ngan classmates time form 6 dlu.
Kene2 kawan bapak ak punya anak tu,kawan ak jugak....ish2

Letiyh weyh..
Tapi alhamdulillah..Hari raya nie sememangnya masa yang sesuai dan sepatutnya kita menjalinkan silaturrahim sesama kita..InsyaALLAH.
Maaf bebanyak ak x tau aper nak tulis ag...

Saturday, December 06, 2008

Kesatuan umat Islam terbina atas dasar takwa

Assalamualaikum



Kesatuan umat Islam terbina atas dasar takwa

SALAH satu syiar yang sentiasa dilaksanakan setiap Muslim bersempena selesainya ibadah haji dan tibanya Aidiladha ialah ibadah korban. Sebaik saja selesainya solat Aidiladha, umat Islam akan segera melangsungkan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing, kemudian dagingnya diagih kepada sanak saudara, jiran tetangga serta golongan fakir miskin.Mungkin ini aidiladha yang terakhir kat Malaysia kepada senior2 KY..haha..jadi kita sebagaiorang Islam perlu sama2 menghayatimakna sebenar korban tu..Kita bekerja sehari-harian menjadi pengorbanan kepada kita.

Friday, December 05, 2008

Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat

Assalamualaikum

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. .

Thursday, December 04, 2008

Little Mosque on the Prairie


The series focuses on the Muslim community in the fictional prairie town of Mercy, Saskatchewan (population 14,000). The primary institutions of the community are the local mosque, presided over by imam Amaar Rashid and located in the rented parish hall of the town's Anglican church, and Fatima's Café, a downtown diner run by Fatima Dinssa. The community patriarchs are Yasir Hamoudi, a construction contractor who originally fronted the money to establish the mosque under the pretense that he was renting office space for his business, and Baber Siddiqui, a college economics professor who served as the mosque's temporary imam until Amaar was hired. The town of Mercy is governed by Mayor Ann Popowicz. Sarah Hamoudi, Yasir's wife, works as a public relations officer in Popowicz's office.





It was announced at the Banff World Television festival this week that US Fox network will be developing their own version of hit Canadian sitcom Little Mosque on the Prairie. It's a show about a Muslim community living among their indigenous neighbours in a small Canadian prairie town. It's a gentle affair not unlike Ballykissangel. Just swap Catholicism for Islam and Stephen Tompkinson for the rather more dashing Zaib Shaikh.




for more

http://us.imdb.com/title/tt0923293/
http://en.wikipedia.org/wiki/Little_Mosque_on_the_Prairie
http://www.cbc.ca/arts/tv/little_mosque.html
http://eztv.it/shows/431/little-mosque-on-the-prairie/
Ape nak jadilar politik malaysia nie...
Harapan Baru.
Assalamualaikum

hi all...holidays2...

More than 400 teenagers aspiring to enter the Royal Military College went through intense physical tests yesterday to see if they have what it takes to be recruits. The drills, including push-ups, seemed too much to stomach for some of the post-PMR students. Education at the college includes academics and military training.

It is hard to find 15-year-olds willing to give up their PlayStations(should be PS3) for two years but that is exactly what more than 400 applicants vying for a place at the Royal Military College (RMC) are willing to sacrifice.View more

Stylo woo...



Wednesday, December 03, 2008

Tidak Ada Alasan Untuk Meninggalkan Solat

Assalamualaikum

Sama2 lah kita usaha untuk menjaga solat berjemaah utk bahagia dunia dan akhirat...amalan yg tak pernah ditinggal oleh Rasulullah saw, sahabah2 nya dan para solihin...

Lihatlah di sekeliling kita di seluruh dunia seperti gambar2 di bawah org2 yg menjaga solat mereka...di padang pasir, di tengah timbunan salji, di dlm kapal terbang, di stesyen keretapi, di jalan raya dsb..


kita kat Malaysia ada surau masjid banyak...sama2 lah kita kuatkan azam niat kuatkan semangat untuk solat Subuh, zohor, asar , maghrib, isyak berjemaah di surau masjid.....azam dan doa kepada Allah semoga kita semua digolongkan Allah bersama mereka yg Allah redhai..amin.


1. Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah saw bersabda:- "Demi Allah yang jiwaku berada dalam kekuasannya! Saya bermaksud hendak menyuruh orang-orang mengumpulkan kayu bakar, kemudian menyuruh seseorang menyerukan azan solat, lalu menyuruh seseorang pula untuk menjadi imam bagi orang banyak. Maka akan saya datangi orang-orang yang tidak ikut berjamaah, lalu saya bakar rumah-rumah mereka" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


2. Dari Ibnu Mas'ud ra katanya: Barangsiapa ingin bertemu dengan Allah nanti pada hari kiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat dan mengerjakannya waktu mendengar suara azan. Sesungguhnya Allah telah mensyari'atkan kepada Nabimu ketentuan-ketentuan mengenai petunjuk, sedang solat jamaah itupun temasuk ketentuan-ketentuan tersebut. Seandainya kamu bersembahyang di rumah sebagai halnya orang-orang yang meninggalkan solah jamaah dan hanya bersembahyang di rumah saja, maka berertilah kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu. Dan apabila kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu maka sesatlah kamu semua! Saya tahu bahwa yang suka meninggalkan solat jamaah itu tidak lain melainkan orang munafik yang telah nyata kemunafikannya. Dahulu pernah terjadi seseorang itu dipapahg oleh dua ornag yang memasukkannya dalam barisan solat. (Diriwayatkan oleh Muslim)






















Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau tidak menghiraukan artikel ini, malah dia juga tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Artikel di atas dipetik dari email yang diterima dari seorang sahabat

Monday, December 01, 2008

Kita Dah Masuk 1 Zulhijjah



Slamat Menyambut Zulhijjah

Fahamilah Betul2

Sisters In Islam atau Sisters Anti-Islam

APA hal bising-bising fasal fatwa yang mengharamkan yoga bagi umat Islam. Fatwa sudah dikeluarkan setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil masa yang panjang untuk mengkaji sama ada amalan yoga itu haram atau halal bagi umat Islam. Tidak mungkin fatwa itu akan ditarik balik, sekalipun banyak NGO yang menggunakan nama Islam membantah. Apatah lagi jika yang membantah itu NGO bukan Islam.

Antara yang lantang ialah Sisters In Islam (SII), sebuah NGO wanita yang kononnya mewakili wanita Islam atau Muslimin. Ada-ada sahaja yang SII bantah. Dulu ia membantah fasal poligami, seolah-olah menuntut amalan itu diharamkan. Andainya SII layak memberikan fatwa, pasti sudah banyak benda yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.

(Lihat komen Sisters In Islam dalam Utusan Malaysia )

Maaf cakap. Ada satu hadis yang menyebut bahawa ramai penghuni neraka adalah wanita. Agaknya suka membantah hukum-hakam adalah salah satu sebab ramai wanita terjerumus ke dalam neraka, selain tidak taat kepada suami.

Dalam soal fatwa mengenai yoga ini, apa perlu SIS bising-bising. Ikut sahajalah. Janganlah berhujah dari segi logik tentang kebaikan senaman yoga.

Majlis Fatwa Kebangsaan pun telah menjelaskan bahawa bab senaman fizikal yoga adalah tidak bercanggah dengan ajaran agama. Yang majlis itu khuatir ialah apabila pengamal-pengamal yoga cuba meningkatkan amalan mereka dengan mencuba bab-bab yang melibatkan unsur-unsur rohaniah agama Hindu, termasuk mencari kedamaian melalui mantra dan meditasi untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan pengamal-pengamal yoga dari kalangan penganut agama Islam ini merosakkan akidah tanpa sedar apabila mereka mengamalkan senaman budaya Hindu secara sistematik ke peringkat yang lebih tinggi.

Persoalannya, adakah tanpa yoga ahli-ahli SII tidak mempunyai cara lain untuk menyihatkan tubuh badan dan akal fikiran? Setahu Si Keldai ada banyak bentuk senaman yang boleh dilakukan tanpa sebarang unsur yang melibatkan akidah. Malah orang-orang Melayu sendiri mempunyai amalan senaman tradisi yang wujud lebih lama daripada senaman aerobik yang diperkenalkan oleh Barat. Tanyalah orang-orang tua yang panjang umur. Pasti mereka mengamalankan senaman yang diwarisi daripada nenek-moyang dahulu. Orang Cina pula mewarisi senaman taici yang tidak melibatkan unsur-unsur kerohanian.

Jika ahli-ahli SII masih mahu meneruskan amalan yoga, tepuklah dada dan tanya selera. Nah…berapa ramai yang mengaku Islam berzina dan minum arak, walaupun mereka tahu perbuatan itu adalah dosa besar.

Ini adalah soal iman. Apa yang Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan adalah satu panduan setelah melihat semakin ramai umat Islam, khususnya wanita terlibat dalam amalan ini. Jika fatwa tidak dikeluarkan, mungkin lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas-kelas yoga. Sekiranya SII menganggap amalan yoga itu tidak bertentangan dengan kesucian agama Islam, teruskanlah beryoga.

Tapi ingatlah betapa ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan larangan meminum arak dulu, ada sahabat-sahabat yang sedang minum arak terus mencampakkan gelas minuman. Dan mereka tidak lagi mengulangi amalan jahiliah itu sampai mati. Mereka lakukannya tanpa soal atas dasar keimanan.

Maka apa perlunya SII dan lain-lain NGO yang dianggotai orang Islam mempertikai fatwa mengenai yoga ? Nampak sangat mereka tidak memahami erti iman dan beriman. Orang yang beriman bukan sahaja tidak akan melakukan perkara yang sah haram, malah akan menjauhi perkara-perkara yang hanya berunsur was-was dan syak wasangka.

Perbuatan SII hanyalah memburukkan imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka jika SII membantah, tentulah NGO-NGO bukan Islam akan teransang untuk membantah 10 kali lebih hebat.

Jika SII mahu terus membantah, pakailah saja nama baru Sisters Anti-Islam.

sumber - Malaysiaaktif.com

Sunday, November 30, 2008

Holiday Melaka

27.11.08(Khamis)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang nie ak berada di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Banyak kut sejarah kat sini..Kedatangan Islam..Kepahlawanan Hang Tuah(ntah btul ker x).dll

Tetapi apa yang penting ak akan cuba sedaya upaya untuk bermusafir dan berziarah pada kali ini untuk mrungkai sedikit sebanyak yang boleh tentang sejarah dan tamadun ini...btul ker nie??hopefully..

Ak sekeluarga bertolak daripada rumah lebih kurang pukul 8pg.
Perjalanan kami sekeluarga termasuk kak ipar ak kecuali abg ak no 2 yg berada d UPM wat Medic disertai dgn hujan sepanjang jalan..
Suasana seperti ini sememangnya dirasai oleh rakyat Malaysia terutamanya yg berada di East Coast of Malaysia seperti Kelate,Gganu and pahang..
Namun begitu teknologi pembuatan kereta yang pada mulanya tiada bumbung berkembang pesat sehingga ada bumbung Alhamdulillah Allah anugerahkan cetusan idea untuk enggineernyer..
Kita gunalah sebaiknya...

Jadi bertolak kul 8,breakfast d Kedai Nasi krabu best kat machang kut. ~baju kolej kutt~
best2..ak ambik nasi kerabu lauk puyuh bakar...Subhanallah banyaknya Nikmat yg Engkau kurniakan kepada manusia namun seramai mana manusia yang mengingkari.
Ya Allah!Engkau Maha Pengasih dan Penyayang..

Nikmat nie..

Alhamdulillah selepas selesai semuanya, kami meneruskan perjalan lalu Raub lunch n zohor dan asar secara qasar dan jamak taqdim..Begitu cantik Islam memberi Rukhsah untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya,namun seramai mana manusia yang dikurniakan kesihatan dan kesenangan untuk melaksanakan tanggungjawab ini namun tetap keras hati untuk tidak melaksanakannya.
Terimalah taubat Hamba-Mu yang jahil ini..

So,teruskan perjalanan lalu KL-Melaka...
ambik Highway,bertol..hehe.

berenti kejap2 untuk qadha aper yang patut hajatnya..hehehe..

Adik ak amat riang dan gembira namun sentiasa diingati dengan sedikit cubitan supaya senyap dan sedar skit...


Alhamdulillah sampai kat Yellow Mansion Hotel...Abah ak ambk 3 bilik..satu untuk ak n bro,abg ak n isteri dan parents ak. ~nie hotel nye~
Yellow Mansion terletak berdekatan dgn Madrasah dan balai polis.Sungguh terkejut ak tgk imam madrasah ni pak Arab yang pandai cakap melayu..pelatnya x yah cakap tapi power lar.
Bacaan die,masyaAllah smart woo...Subhanallah..cam Sheikh Sudais.

Malam nie hanyalah berehat sedaya upaya untuk meneroka dan meneruskan kembara ilmu bersama pada esok hari.x bleh2....ak x jadi rehat then,ak pegi round gak bandar Melaka....








naik beca Melaka in front of Taming Sari Tower

28.11.08
Assalamualaikum

Nie hr kedua kat Melaka.
Program nyer..

Ak pegi A Famosa Resort.Mandi la beb, ak memang suka kalau melancong2 n jalan2 nie.Tambah2 kalau ader snorkling ker aper ker best2.
So aper yang ak pelik time g sini ialah,

-Ak tgk pompuan sebelum mandi pakai tudung then time mandi masyaAllah swimming tight trus..haha

Habisla tumpul kepala ak pasni,maksiat2...
Nak wat cam ner ag..

ish2.
Ramai giler cina kat sini.

Part paling best time naik High Speed Slide..
bapak ar..macam tercabut jantung..
Turun 70' beb..

~nie ar paling best~

Petang tu ak g round bandar Melaka best..
Naik Taming Sari Tower.Berputar2..




Malam ilek jer kat hotel..
salam.

29.11.08
Assalamualaikum.

Pagi nie g Zoo melaka..
Macam2 bleh tgk
Tp biasa jer sebab ak dah pernah g banyak kali zoo2 di MLaysia nie..

Ak tgk show orang ngan org utan..lawak2..

Then Show gajah..



Abis tu ak g plak MITC..trade centre entah aper.

Ader Pameran Sains berkenaan dgn Alien..PErgh power sial...pandai org2 nie wat duit kan..
Rujuklah alim ulamak pasal benda ni..ader yang kita bleh percaya n ader gak yang x leh eh..ingat tu..Jagn Obses sesangat sebab ia berkaitan dgn akidah kita..
Malam ak pegi Tempat yang kalau x pegi memang x sah kalau datang ke Melaka..Ikan Bakar..Pergh..mengalir air liur...Alhamdulillah.

30.11.08
Assalamualaikum

So,ari nie ari untuk balik Qlate bos.
Dapat2 berita Qlate dah banjir...Habis tu nak lalu mana ak nie???
x per2...ader jalan yang sedia untuk dilalui.Alhamdulillah.sampai umah kul 6ptg..

Wednesday, November 26, 2008

Cuti2 Qlate dan Ayat2 Cinta








Assalamualaikum..

Ingin hatiku bercerita serba sedikit...Islam sememangnya menggalakkan kita melayan tetamu dengan baiknya..Sekiranya kita menjadi tetamu sememangnya kita nakkan layanan yang baik dan exclusive..ceh....hehe..dan terimalah seadanya...

Alhamdulillah...ak menerima dua tetamu..haha..satu domestic dan satu foreigner kelantan...hehe...=Syakir dan Lutfi...

Berbagai2 aktiviti dan program telah diatur sempena kedatangan Syakir,one of my best2 Friends...Lutfi juga tidak ketinggalan...Haritu ak menjadi tetamu di Terengganu...ak pegi Taman Tamadun Islam...Nak tengok gambar(di terengganyu) klik sini

nie antara gambar2 nyer....
malam tu kami pegi Pasar Borong di Wakaf Che Yeh...pasar borong nie tersohor la kalau nak beli baju ker tudung ker sluar jean dan buah2 serta berbagai barang2
dengan harga yang agak murah...
Ak beli lar tudung untuk Kak Ina sempena Hari Lahir Kak Ina,selaku cikgu physics kesayangan ak...erm.....Block 2 physics jgn lupa kumpul duit!!! haha..
Kami beli 3 helai jersi hitam yang sama pattern dgn harga RM10 jer sehalai malam tu...

Main bowling(my bro)..makan Big Apple d Tesco..Round2 bandar KB...Makan Nasi Kukus D Haikal PC..then g Makan Edlie Fried Chicken..Macam KFC buatan Tempatan Disahkan Halal lagi murah....erm..best tu lepas balik dari Masjid Muhammadi dgr2 Tazkirah daripada Ustaz saibon berkenaan dgn Trend Hidup Muslim..dan tajuk utama ialah Sifat Terpuji Rasulullah SAW..

Konsep tawakkal...analogi nya seperti kamu menaiki unta lalu berhenti hendak turun di satu2 tempat,lalu kamu kene ikatkan tali unta tersebut kemas dan ketat2 supaya unta tersebut tidak lari sekiranya anda hendak melihat semula unta kamu selepas kamu selesai berurusan di sesuatu tempat yang kamu tuju.Ada kisah disebalik analogi nie...cuma ak mitak maaf coz x ingat sangat..cuba cari dalam kitab2.

Subhanallah..then balik tu trus g EFC then tido rumah Lutfi..(tgk movie)

Pagi 26 November yang menyegarkan...argh..x sempat nak g solat subuh kat surau...hujan begitu asyik diluar sana...Serasa ak daripada semalam lagi hujan x henti2...begitulah fenomena musim "boh" org klate panggil yakni musim tengkujuh...

Kebiasaan musim "boh" membuatkan rumah ak seperti pulau dek dihadapan dan ditepi serta di belakang rumahku hanyalah tanah kosong tempat lembu mencari rezeki dan kebiasaannya akan dinaiki air setinggi lutut..

woww...berbalik kepada rumah Lutpi,then nak mandi pun bergaduh2....haha....kul 10 baru la start mandi2..sejuk bosh....lutfi goreng nugget yg agak best,makan ngan roti ditambah dgn mayonese dan sause....So,kitorg g makan Nasi "Kak WOKKK"...tersohor kat kb...tp aku terperasan satu keajaiban...

Semenjak dua menjak nie nasi die dahla naik harga.then makin skit plak tu..ish3...

Then g stesen bas Lutfi beli tket nak g KL ader test SAT..ntah aper2..bkaitan ngan US die lar tu.
Gud luck PIIII..

Then hantar ak balik..lebih kurang pukul 12.25 syakir bertolak daripada rumah ku terus menuju ke rumahnya dengan perasaan penuh riang harapnya setelah berada di KB selama 2 hari....harapnya.

Then petang selepas zohor dan after completing my responsibility, ak layan movie "ayat2 Cinta"...walaupun novelnya masih belum ak khatamkan dan ase memang x kan khatam kut,cerita yg ak tengok memberi seribu satu persoalan dan pendedahan kepadaku...

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

Sebegitunya dalam kehidupan Fahri setelah berkahwin Fahri telah difitnah oleh Norul,yakni gadis yang diseksa dan telah diperkosa dek kedurjanaan dan kerakusan keluarga angkatnya(kalau x silap)...ak ase korang kene tgk filem nie..walaupun ak rase ak org agak lambat tgk cite nie....akhirnya Fahri x bersalah dan kahwin dua plak tu..power2...Die berasa binggung dalam keadaannya...Cuba sedaya upaya untuk berlaku adil...Sebab tu dalam Al-Quran surah Annisa

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(004:003)

Tgk jgn x tengok...best2..ak bg 8/10 utk filem nie...kalau lagi bagus sekiranya die bikin ini movie lagi islamik la..

Alhamdulillah..

So,esok ak nak p holiday ngan family..rapatkan silaturrahim antara family dan menambahkan lagi ilmu....sbb dalam Al-Quran Allah ada Berfirman :

006:011 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

Wallahua a'lam..Salam..