Sunday, November 30, 2008

Holiday Melaka

27.11.08(Khamis)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang nie ak berada di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Banyak kut sejarah kat sini..Kedatangan Islam..Kepahlawanan Hang Tuah(ntah btul ker x).dll

Tetapi apa yang penting ak akan cuba sedaya upaya untuk bermusafir dan berziarah pada kali ini untuk mrungkai sedikit sebanyak yang boleh tentang sejarah dan tamadun ini...btul ker nie??hopefully..

Ak sekeluarga bertolak daripada rumah lebih kurang pukul 8pg.
Perjalanan kami sekeluarga termasuk kak ipar ak kecuali abg ak no 2 yg berada d UPM wat Medic disertai dgn hujan sepanjang jalan..
Suasana seperti ini sememangnya dirasai oleh rakyat Malaysia terutamanya yg berada di East Coast of Malaysia seperti Kelate,Gganu and pahang..
Namun begitu teknologi pembuatan kereta yang pada mulanya tiada bumbung berkembang pesat sehingga ada bumbung Alhamdulillah Allah anugerahkan cetusan idea untuk enggineernyer..
Kita gunalah sebaiknya...

Jadi bertolak kul 8,breakfast d Kedai Nasi krabu best kat machang kut. ~baju kolej kutt~
best2..ak ambik nasi kerabu lauk puyuh bakar...Subhanallah banyaknya Nikmat yg Engkau kurniakan kepada manusia namun seramai mana manusia yang mengingkari.
Ya Allah!Engkau Maha Pengasih dan Penyayang..

Nikmat nie..

Alhamdulillah selepas selesai semuanya, kami meneruskan perjalan lalu Raub lunch n zohor dan asar secara qasar dan jamak taqdim..Begitu cantik Islam memberi Rukhsah untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya,namun seramai mana manusia yang dikurniakan kesihatan dan kesenangan untuk melaksanakan tanggungjawab ini namun tetap keras hati untuk tidak melaksanakannya.
Terimalah taubat Hamba-Mu yang jahil ini..

So,teruskan perjalanan lalu KL-Melaka...
ambik Highway,bertol..hehe.

berenti kejap2 untuk qadha aper yang patut hajatnya..hehehe..

Adik ak amat riang dan gembira namun sentiasa diingati dengan sedikit cubitan supaya senyap dan sedar skit...


Alhamdulillah sampai kat Yellow Mansion Hotel...Abah ak ambk 3 bilik..satu untuk ak n bro,abg ak n isteri dan parents ak. ~nie hotel nye~
Yellow Mansion terletak berdekatan dgn Madrasah dan balai polis.Sungguh terkejut ak tgk imam madrasah ni pak Arab yang pandai cakap melayu..pelatnya x yah cakap tapi power lar.
Bacaan die,masyaAllah smart woo...Subhanallah..cam Sheikh Sudais.

Malam nie hanyalah berehat sedaya upaya untuk meneroka dan meneruskan kembara ilmu bersama pada esok hari.x bleh2....ak x jadi rehat then,ak pegi round gak bandar Melaka....








naik beca Melaka in front of Taming Sari Tower

28.11.08
Assalamualaikum

Nie hr kedua kat Melaka.
Program nyer..

Ak pegi A Famosa Resort.Mandi la beb, ak memang suka kalau melancong2 n jalan2 nie.Tambah2 kalau ader snorkling ker aper ker best2.
So aper yang ak pelik time g sini ialah,

-Ak tgk pompuan sebelum mandi pakai tudung then time mandi masyaAllah swimming tight trus..haha

Habisla tumpul kepala ak pasni,maksiat2...
Nak wat cam ner ag..

ish2.
Ramai giler cina kat sini.

Part paling best time naik High Speed Slide..
bapak ar..macam tercabut jantung..
Turun 70' beb..

~nie ar paling best~

Petang tu ak g round bandar Melaka best..
Naik Taming Sari Tower.Berputar2..




Malam ilek jer kat hotel..
salam.

29.11.08
Assalamualaikum.

Pagi nie g Zoo melaka..
Macam2 bleh tgk
Tp biasa jer sebab ak dah pernah g banyak kali zoo2 di MLaysia nie..

Ak tgk show orang ngan org utan..lawak2..

Then Show gajah..



Abis tu ak g plak MITC..trade centre entah aper.

Ader Pameran Sains berkenaan dgn Alien..PErgh power sial...pandai org2 nie wat duit kan..
Rujuklah alim ulamak pasal benda ni..ader yang kita bleh percaya n ader gak yang x leh eh..ingat tu..Jagn Obses sesangat sebab ia berkaitan dgn akidah kita..
Malam ak pegi Tempat yang kalau x pegi memang x sah kalau datang ke Melaka..Ikan Bakar..Pergh..mengalir air liur...Alhamdulillah.

30.11.08
Assalamualaikum

So,ari nie ari untuk balik Qlate bos.
Dapat2 berita Qlate dah banjir...Habis tu nak lalu mana ak nie???
x per2...ader jalan yang sedia untuk dilalui.Alhamdulillah.sampai umah kul 6ptg..

2 comments: