Wednesday, November 26, 2008

Cuti2 Qlate dan Ayat2 Cinta








Assalamualaikum..

Ingin hatiku bercerita serba sedikit...Islam sememangnya menggalakkan kita melayan tetamu dengan baiknya..Sekiranya kita menjadi tetamu sememangnya kita nakkan layanan yang baik dan exclusive..ceh....hehe..dan terimalah seadanya...

Alhamdulillah...ak menerima dua tetamu..haha..satu domestic dan satu foreigner kelantan...hehe...=Syakir dan Lutfi...

Berbagai2 aktiviti dan program telah diatur sempena kedatangan Syakir,one of my best2 Friends...Lutfi juga tidak ketinggalan...Haritu ak menjadi tetamu di Terengganu...ak pegi Taman Tamadun Islam...Nak tengok gambar(di terengganyu) klik sini

nie antara gambar2 nyer....
malam tu kami pegi Pasar Borong di Wakaf Che Yeh...pasar borong nie tersohor la kalau nak beli baju ker tudung ker sluar jean dan buah2 serta berbagai barang2
dengan harga yang agak murah...
Ak beli lar tudung untuk Kak Ina sempena Hari Lahir Kak Ina,selaku cikgu physics kesayangan ak...erm.....Block 2 physics jgn lupa kumpul duit!!! haha..
Kami beli 3 helai jersi hitam yang sama pattern dgn harga RM10 jer sehalai malam tu...

Main bowling(my bro)..makan Big Apple d Tesco..Round2 bandar KB...Makan Nasi Kukus D Haikal PC..then g Makan Edlie Fried Chicken..Macam KFC buatan Tempatan Disahkan Halal lagi murah....erm..best tu lepas balik dari Masjid Muhammadi dgr2 Tazkirah daripada Ustaz saibon berkenaan dgn Trend Hidup Muslim..dan tajuk utama ialah Sifat Terpuji Rasulullah SAW..

Konsep tawakkal...analogi nya seperti kamu menaiki unta lalu berhenti hendak turun di satu2 tempat,lalu kamu kene ikatkan tali unta tersebut kemas dan ketat2 supaya unta tersebut tidak lari sekiranya anda hendak melihat semula unta kamu selepas kamu selesai berurusan di sesuatu tempat yang kamu tuju.Ada kisah disebalik analogi nie...cuma ak mitak maaf coz x ingat sangat..cuba cari dalam kitab2.

Subhanallah..then balik tu trus g EFC then tido rumah Lutfi..(tgk movie)

Pagi 26 November yang menyegarkan...argh..x sempat nak g solat subuh kat surau...hujan begitu asyik diluar sana...Serasa ak daripada semalam lagi hujan x henti2...begitulah fenomena musim "boh" org klate panggil yakni musim tengkujuh...

Kebiasaan musim "boh" membuatkan rumah ak seperti pulau dek dihadapan dan ditepi serta di belakang rumahku hanyalah tanah kosong tempat lembu mencari rezeki dan kebiasaannya akan dinaiki air setinggi lutut..

woww...berbalik kepada rumah Lutpi,then nak mandi pun bergaduh2....haha....kul 10 baru la start mandi2..sejuk bosh....lutfi goreng nugget yg agak best,makan ngan roti ditambah dgn mayonese dan sause....So,kitorg g makan Nasi "Kak WOKKK"...tersohor kat kb...tp aku terperasan satu keajaiban...

Semenjak dua menjak nie nasi die dahla naik harga.then makin skit plak tu..ish3...

Then g stesen bas Lutfi beli tket nak g KL ader test SAT..ntah aper2..bkaitan ngan US die lar tu.
Gud luck PIIII..

Then hantar ak balik..lebih kurang pukul 12.25 syakir bertolak daripada rumah ku terus menuju ke rumahnya dengan perasaan penuh riang harapnya setelah berada di KB selama 2 hari....harapnya.

Then petang selepas zohor dan after completing my responsibility, ak layan movie "ayat2 Cinta"...walaupun novelnya masih belum ak khatamkan dan ase memang x kan khatam kut,cerita yg ak tengok memberi seribu satu persoalan dan pendedahan kepadaku...

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

Sebegitunya dalam kehidupan Fahri setelah berkahwin Fahri telah difitnah oleh Norul,yakni gadis yang diseksa dan telah diperkosa dek kedurjanaan dan kerakusan keluarga angkatnya(kalau x silap)...ak ase korang kene tgk filem nie..walaupun ak rase ak org agak lambat tgk cite nie....akhirnya Fahri x bersalah dan kahwin dua plak tu..power2...Die berasa binggung dalam keadaannya...Cuba sedaya upaya untuk berlaku adil...Sebab tu dalam Al-Quran surah Annisa

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(004:003)

Tgk jgn x tengok...best2..ak bg 8/10 utk filem nie...kalau lagi bagus sekiranya die bikin ini movie lagi islamik la..

Alhamdulillah..

So,esok ak nak p holiday ngan family..rapatkan silaturrahim antara family dan menambahkan lagi ilmu....sbb dalam Al-Quran Allah ada Berfirman :

006:011 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

Wallahua a'lam..Salam..

2 comments: