Sunday, January 11, 2009

Nazilah....

Assalamualaikum...

sihat semuanya...


ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH


اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم
وس
بت كلمتهم
وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار
يا جبار
يا منتقم
ياالله ياالله
ياالله
اللهم يا منزل الكتاب
ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ada satu cerita nie...Ustaz ak bercerita,satu hari ada seorang pak cik nie die talifon ustaz ak dan bertanyakan tentang "ustaz,buat ape kita membaca qunut nazilah?sedangkan kita baca pun orang2 palestin tetap dibunuh
setiap hari??"
tanya pak cik tu.


Lantas Ustaz aku tu terus menjawab"Pak cik tahu x kenapa orang Palestin tetap dibunuh hari2??sebabnya ada orang macam pak cik laaa...,pak cik paham x?"

Pak cik tu terus membalas dengan penuh malu dan muka yang merah(walaupun x nampak)"ooo..terikma kasih ustaz,saya faham2"....

k,kengkawan smua samalah kita berdoa untuk saudara2 kita di Palestin dan seluruh dunia hendaknya.....

Ingat Diri kita juga perlukan doa...Tambahkan Iman..Limpahkan Hidayah daripada
Allah SWT....

InsyaAllah...ASssalamualaikum...

Fitrah:The Essense of Nature

No comments:

Post a Comment