Sunday, November 30, 2008
Holiday Melaka
Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekarang nie ak berada di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Banyak kut sejarah kat sini..Kedatangan Islam..Kepahlawanan Hang Tuah(ntah btul ker x).dll
Tetapi apa yang penting ak akan cuba sedaya upaya untuk bermusafir dan berziarah pada kali ini untuk mrungkai sedikit sebanyak yang boleh tentang sejarah dan tamadun ini...btul ker nie??hopefully..
Ak sekeluarga bertolak daripada rumah lebih kurang pukul 8pg.
Perjalanan kami sekeluarga termasuk kak ipar ak kecuali abg ak no 2 yg berada d UPM wat Medic disertai dgn hujan sepanjang jalan..
Suasana seperti ini sememangnya dirasai oleh rakyat Malaysia terutamanya yg berada di East Coast of Malaysia seperti Kelate,Gganu and pahang..
Namun begitu teknologi pembuatan kereta yang pada mulanya tiada bumbung berkembang pesat sehingga ada bumbung Alhamdulillah Allah anugerahkan cetusan idea untuk enggineernyer..
Kita gunalah sebaiknya...
Jadi bertolak kul 8,breakfast d Kedai Nasi krabu best kat machang kut. ~baju kolej kutt~
best2..ak ambik nasi kerabu lauk puyuh bakar...Subhanallah banyaknya Nikmat yg Engkau kurniakan kepada manusia namun seramai mana manusia yang mengingkari.
Ya Allah!Engkau Maha Pengasih dan Penyayang..
Nikmat nie..
Alhamdulillah selepas selesai semuanya, kami meneruskan perjalan lalu Raub lunch n zohor dan asar secara qasar dan jamak taqdim..Begitu cantik Islam memberi Rukhsah untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya,namun seramai mana manusia yang dikurniakan kesihatan dan kesenangan untuk melaksanakan tanggungjawab ini namun tetap keras hati untuk tidak melaksanakannya.
Terimalah taubat Hamba-Mu yang jahil ini..
So,teruskan perjalanan lalu KL-Melaka...
ambik Highway,bertol..hehe.
berenti kejap2 untuk qadha aper yang patut hajatnya..hehehe..
Adik ak amat riang dan gembira namun sentiasa diingati dengan sedikit cubitan supaya senyap dan sedar skit...
Alhamdulillah sampai kat Yellow Mansion Hotel...Abah ak ambk 3 bilik..satu untuk ak n bro,abg ak n isteri dan parents ak. ~nie hotel nye~
Yellow Mansion terletak berdekatan dgn Madrasah dan balai polis.Sungguh terkejut ak tgk imam madrasah ni pak Arab yang pandai cakap melayu..pelatnya x yah cakap tapi power lar.
Bacaan die,masyaAllah smart woo...Subhanallah..cam Sheikh Sudais.
Malam nie hanyalah berehat sedaya upaya untuk meneroka dan meneruskan kembara ilmu bersama pada esok hari.x bleh2....ak x jadi rehat then,ak pegi round gak bandar Melaka....
naik beca Melaka in front of Taming Sari Tower
28.11.08
Assalamualaikum
Nie hr kedua kat Melaka.
Program nyer..
Ak pegi A Famosa Resort.Mandi la beb, ak memang suka kalau melancong2 n jalan2 nie.Tambah2 kalau ader snorkling ker aper ker best2.
So aper yang ak pelik time g sini ialah,
-Ak tgk pompuan sebelum mandi pakai tudung then time mandi masyaAllah swimming tight trus..haha
Habisla tumpul kepala ak pasni,maksiat2...
Nak wat cam ner ag..
ish2.
Ramai giler cina kat sini.
Part paling best time naik High Speed Slide..
bapak ar..macam tercabut jantung..
Turun 70' beb..
~nie ar paling best~
Petang tu ak g round bandar Melaka best..
Naik Taming Sari Tower.Berputar2..
Malam ilek jer kat hotel..
salam.
29.11.08
Assalamualaikum.
Pagi nie g Zoo melaka..
Macam2 bleh tgk
Tp biasa jer sebab ak dah pernah g banyak kali zoo2 di MLaysia nie..
Ak tgk show orang ngan org utan..lawak2..
Then Show gajah..
Abis tu ak g plak MITC..trade centre entah aper.
Ader Pameran Sains berkenaan dgn Alien..PErgh power sial...pandai org2 nie wat duit kan..
Rujuklah alim ulamak pasal benda ni..ader yang kita bleh percaya n ader gak yang x leh eh..ingat tu..Jagn Obses sesangat sebab ia berkaitan dgn akidah kita..
Malam ak pegi Tempat yang kalau x pegi memang x sah kalau datang ke Melaka..Ikan Bakar..Pergh..mengalir air liur...Alhamdulillah.
30.11.08
Assalamualaikum
So,ari nie ari untuk balik Qlate bos.
Dapat2 berita Qlate dah banjir...Habis tu nak lalu mana ak nie???
x per2...ader jalan yang sedia untuk dilalui.Alhamdulillah.sampai umah kul 6ptg..
Wednesday, November 26, 2008
Cuti2 Qlate dan Ayat2 Cinta
Assalamualaikum..
Ingin hatiku bercerita serba sedikit...Islam sememangnya menggalakkan kita melayan tetamu dengan baiknya..Sekiranya kita menjadi tetamu sememangnya kita nakkan layanan yang baik dan exclusive..ceh....hehe..dan terimalah seadanya...
Alhamdulillah...ak menerima dua tetamu..haha..satu domestic dan satu foreigner kelantan...hehe...=Syakir dan Lutfi...
Berbagai2 aktiviti dan program telah diatur sempena kedatangan Syakir,one of my best2 Friends...Lutfi juga tidak ketinggalan...Haritu ak menjadi tetamu di Terengganu...ak pegi Taman Tamadun Islam...Nak tengok gambar(di terengganyu) klik sini
nie antara gambar2 nyer....
malam tu kami pegi Pasar Borong di Wakaf Che Yeh...pasar borong nie tersohor la kalau nak beli baju ker tudung ker sluar jean dan buah2 serta berbagai barang2
dengan harga yang agak murah...
Ak beli lar tudung untuk Kak Ina sempena Hari Lahir Kak Ina,selaku cikgu physics kesayangan ak...erm.....Block 2 physics jgn lupa kumpul duit!!! haha..
Kami beli 3 helai jersi hitam yang sama pattern dgn harga RM10 jer sehalai malam tu...
Main bowling(my bro)..makan Big Apple d Tesco..Round2 bandar KB...Makan Nasi Kukus D Haikal PC..then g Makan Edlie Fried Chicken..Macam KFC buatan Tempatan Disahkan Halal lagi murah....erm..best tu lepas balik dari Masjid Muhammadi dgr2 Tazkirah daripada Ustaz saibon berkenaan dgn Trend Hidup Muslim..dan tajuk utama ialah Sifat Terpuji Rasulullah SAW..
Konsep tawakkal...analogi nya seperti kamu menaiki unta lalu berhenti hendak turun di satu2 tempat,lalu kamu kene ikatkan tali unta tersebut kemas dan ketat2 supaya unta tersebut tidak lari sekiranya anda hendak melihat semula unta kamu selepas kamu selesai berurusan di sesuatu tempat yang kamu tuju.Ada kisah disebalik analogi nie...cuma ak mitak maaf coz x ingat sangat..cuba cari dalam kitab2.
Subhanallah..then balik tu trus g EFC then tido rumah Lutfi..(tgk movie)
Pagi 26 November yang menyegarkan...argh..x sempat nak g solat subuh kat surau...hujan begitu asyik diluar sana...Serasa ak daripada semalam lagi hujan x henti2...begitulah fenomena musim "boh" org klate panggil yakni musim tengkujuh...
Kebiasaan musim "boh" membuatkan rumah ak seperti pulau dek dihadapan dan ditepi serta di belakang rumahku hanyalah tanah kosong tempat lembu mencari rezeki dan kebiasaannya akan dinaiki air setinggi lutut..
woww...berbalik kepada rumah Lutpi,then nak mandi pun bergaduh2....haha....kul 10 baru la start mandi2..sejuk bosh....lutfi goreng nugget yg agak best,makan ngan roti ditambah dgn mayonese dan sause....So,kitorg g makan Nasi "Kak WOKKK"...tersohor kat kb...tp aku terperasan satu keajaiban...
Semenjak dua menjak nie nasi die dahla naik harga.then makin skit plak tu..ish3...
Then g stesen bas Lutfi beli tket nak g KL ader test SAT..ntah aper2..bkaitan ngan US die lar tu.
Gud luck PIIII..
Then hantar ak balik..lebih kurang pukul 12.25 syakir bertolak daripada rumah ku terus menuju ke rumahnya dengan perasaan penuh riang harapnya setelah berada di KB selama 2 hari....harapnya.
Then petang selepas zohor dan after completing my responsibility, ak layan movie "ayat2 Cinta"...walaupun novelnya masih belum ak khatamkan dan ase memang x kan khatam kut,cerita yg ak tengok memberi seribu satu persoalan dan pendedahan kepadaku...
Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.
Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.
Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.
Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.
Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.
Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.
Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluasSebegitunya dalam kehidupan Fahri setelah berkahwin Fahri telah difitnah oleh Norul,yakni gadis yang diseksa dan telah diperkosa dek kedurjanaan dan kerakusan keluarga angkatnya(kalau x silap)...ak ase korang kene tgk filem nie..walaupun ak rase ak org agak lambat tgk cite nie....akhirnya Fahri x bersalah dan kahwin dua plak tu..power2...Die berasa binggung dalam keadaannya...Cuba sedaya upaya untuk berlaku adil...Sebab tu dalam Al-Quran surah Annisa
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(004:003)Tgk jgn x tengok...best2..ak bg 8/10 utk filem nie...kalau lagi bagus sekiranya die bikin ini movie lagi islamik la..
Alhamdulillah..
So,esok ak nak p holiday ngan family..rapatkan silaturrahim antara family dan menambahkan lagi ilmu....sbb dalam Al-Quran Allah ada Berfirman :
006:011 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."
Wallahua a'lam..Salam..
Sunday, November 23, 2008
Makan,bola dan bas.....
Akhirnya tersentuh juga keyboard lap-top usang ak ini.
Setelah sekian lama menyimpan seribu satu cerita kini tibalah untuk ak bercerita dan berkongsi sedikit pengalaman.
Jadi dijadikan cerita,
Malam End Semester Dinner sudah cukup dapat menggambarkan betapa banyaknya menu yg dapat dipilih untuk menjadi juadah pilihan.Berbagai2 juadah dan masakan disediakan kepada semua penuntut KYUEM yang sudah pasti mempunyai perut yang mempunyai kapasiti melebihi tong ikan..Namun makan tu ala kadar je..test skit2..baru bleh rase semua.Malam haritu ak mengenakan seluar jeans dan baju kemeja hitam..haha...ak ingat ape kene ngan smart casual rupa2nya banyak ag ak x tau..hahaa...
Ak ingat ramai yang akan pakai tie2 berkemeja dan sebagainya..meleset sama skali...sliper jepun pun ader...haha..ilek aa kan..
HAtiku terkejut cukup terkejut dan terkesima melihat persembahan yang sememangnya x jangka seseorang tu kan menjadi salah seorang daripada peserta ttttttuuut...x pe la mungkin die x tahu..haha..x expect langsung kut...
mata dan kepala ku sudah tidak tahan melihatnya lagi...huhuh...so ak pergi meninggalkandinner tu dalam 1/2 jam lebih awal daripada sepatutnya tamat...Nie merupakan malam terakhir sebelum cuti semester selama 6 minggu lamanya untuk bermula...so Aiman "krek2" dan beberapa commitee yang laen
So bangun pagi2 ingat nak g assembly namun sudah terluput masanya......terl
Masa beransur masa...ak naik kete g Tanjung Malim ngan Lutfi n Topek...Smapai je sane lepak jap then g makan d Kedai India Muslim...depan Grand Union kalau x silap..
Naik bas kul 8.00pm,alhamdulillah selamat tiba d KB kul 3.45pg..balik smbung tido...Alhafiz ader skali...bgn kul 11 then makan2...then kul 12 g hantar apis ke KB naek bas...Alhamdulillah..syukurlah segalanya....
Sememangnya terlintas dihatiku...ader ke orang baca blog ak nie...ak nak luahkan segala isi hati ni supaya tidak lah bergelora seperti ombak tsunami selalu...dapat berkongsi sedikit sebanyak kisah2 dan cerita2 kadang2 best n kadang2 agak "bowrinx"...bab kata >muffin-classmate physics n Ielts ak) (ak capkan ustazah rock la die nie...power2..
Walauapepun....ak x reti sangat menulis2 nie...so ak akan cuba untuk memperbaikinya...
Salam
Thursday, November 20, 2008
Setelah lama dijemput.....
bye2
Bolehkah seorang Islam menghadiri majlis perayaan agama lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan DeepavalI?
Menghadiri keramaian untuk sambutan hari-hari kebesaran agama lain adalah dibolehkan selama mana tidak ada unsur-unsur pengibadatan dalam keramaian tersebut. Sebagai seorang Muslim, anda juga harus pastikan bahawa tatasusila Islam terjaga buat diri anda.
Adapun menghadiri majlis-majlis tersebut dengan niat mahu menghargai lain-lain agama atau adat memberi ruang kepada masyarakat Islam memperkukuhkan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam dan meluaskan lagi ruang tolak ansur dan saling menghormati sesama mereka. Yang penting sekali mewujudkan kerjasama ke arah pembangunan masyarakat dan negara berdasarkan prinsip keadilan dan nilai moral yang tinggi.