Tuesday, October 06, 2009

Telefon Berdering Ketika Solat

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang…Nanti jawab pokok, angin yang goncang…Tanya sama angin, apa sebab goncang…Nanti kata angin, tanyalah awan…”

Lagu P.Ramlee yang dinyanyikan oleh seorang perempuan seperti kisah2 lama di dalam TV berkumandang di tengah-tengah saf solat Maghrib. Bunyinya lucu juga. Berkali-kali ia berbunyi, 2-3 round.

Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat. Kekusyukan mereka terganggu. Dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa resah dan malu atas kecuaian beliau tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat. Apatah lagi sedang bersolat berjemaah. Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.

Sepatutnya pemilik telefon sudah mematikan telefon beliau, ataupun membuatkan telefon tersebut dalam ’silent mood’ atau ‘vibrate mood’. Sebaik-baiknya OFF terus. Sebab kadang-kadang, jika telefon bimbit bergetar, ia akan mendatangkan perasaan resah kepada seseorang yang sedang solat. Lantas mengganggu tumpuan dalam bersolat. Walhal, kekhusyukan di dalam solat adalah suatu yang dituntut kepada kita.

Firman ALLAH:
“Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.” Surah al-Baqarah : 238.
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya.” Surah al-Mukminun : 1-2
Justeru, amat penting untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat. Jadi berhati-hatilah agar kita tidak menyebabkan orang lain hilang fokus dan khusyuk di dalam solat.
Jika berlaku seperti perkara di atas kepada diri kita, apakah yang perlu kita buat? Adakah membiarkan deringan itu terus berbunyi? Atau bagaimana? Bolehkah kita melakukan pergerakan untuk mematikan telefon bimbit tersebut?

Apabila ditanya soalan yang sama, panel feqh al-Ahkam.net telah menjawab seperti berikut:
Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).

Nabi s.a.w sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku’, dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayatkan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 - 920.

Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A’isyah ra. masuk. Berkata A’isyah ra :-
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة
“Rasulullah s.a.w sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A’isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat” [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa'i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].

Pergerakan Nabi s.a.w ini menunjukkan pergerakan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat, ms 74].

Abu Sa’ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah s.a.w apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran - atau baginda berkata, apabila bersolat” [Hadith Riwayat Abu Daud #1332].

Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi s.a.w jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi musik. WA.
Berikut saya lampirkan penerangan ringkas berkenaan bagaimana untuk mematikan telefon bimbit ketika di dalam solat:


Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan, insyaALLAH.



SHAHMUZIR NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Consultant

HP No : 019-3826408
Email : mailto:shahmuzir@yahoo.com
Website: http://www.takafulonline.net/

No comments:

Post a Comment