Thursday, August 06, 2009

Syaaban ayuh muhasabah diri

Assalamualaikum,

Bulan syaaban ini ayuh kita muhasabah diri. Ramadhan cuma tinggal 15 hari sahaja lagi. Sudahkah kita bersedia menghadapi Ramadhan. Atau sempatkah kita bertemu Ramadhan yang penuh baraqah itu? Ayuh...kita berdoa kepada Illahi supaya dipertemukan dengan Ramadhan.

Allah sentiasa menyeru hambanya agar bersegera memohon keampunan kerana ajal kita bisa tiba tanpa sebarang amaran dan tanda.

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari tuhanMu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa" - [Surah Ali `Imran: 133].

Allah menyambung lagi tanda-tanda orang yang bakal menerima balasan syurgaNya dalam ayat seterusnya dalam surah Ali `Imran;

" Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [Surah Ali `Imran: 134]

Rasullullah s.a.w. telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki- Nya) dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." [Surah Asy-Syura: 49-50]

Inilah salah satu rahsia Allah swt di sebalik penciptaan makhluk-Nya. Bagi setiap orang mukmin hendaklah berusaha melakukan sebab-sebab dan yakin terhadap kekuasaan Allah swt.

Salah satu sebab-sebab yang dapat membuahkan kesembuhan adalah sedekah dan istighfar. Kisah ini dikatakan dalam kitab-kitab hadis dan secara khusus saya persembahkan kepada anda saudaraku yang mulia.

Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan: -
Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak."

Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya. "

Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.

Jabir berkata: "Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki."

Wallahu 'alam.

Oleh itu ayuh kita banyak-banyakkan sedekah dan juga istigfar di bulan Syaaban ini dan juga Ramadhan kelak.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment