Sunday, December 21, 2008

Transformasi politik

Assalamualaikum

Tazkirah..
" Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.
(bukan semua)
kan cantik kalau setiap masa pakai tudung...kan..baju jgn plak ketat sesangat...
Malaysia kan negara Islam...
Boleh pula dimain2kan hukum ALLAH nie..


MAsyaAllah..

Semalam ak sempat untuk pergi ke "Forum Transformasi Politik Malaysia"

Betullah fakta bahawa rakyat kelantan memang bijak berpolitik dan suka akan politik...evidencenyer..semalam nak masuk masyaAllah penuh kut orang...ramai x ramai org sehingga kan parking sampai dekat ngan KBMC,untuk siapa yang kenal dan hampir 500 meter daripada tempat berlangsungnya forum yang mengundang ahli panel yg "hot2" belaka...

Saper x kenal,pemuda yang berkaliber lagi bersemangat waja berkelulusan oxford..yakni Saudara Khairy Jamalulddin,merangkap Ahli Parlimen Rembau,selaku ketua gangster dan penyangak umno...ish3...die antara penyebab kekalahan UMNO PRU12.

Sungguh merah padam dan merah telinganya apabila dibidas begitu hebat dan tembakan2 tepat kene atas dahi Khairy Jamaluddin(KJ) sendiri..

apa yang menarik perhatian..KJ nie pandai gak baca Quran..Sekali die baca tunggang tebalik ngan tajwid entah kemana tapi baris betulla..

apa lagi yang menarik??tgk la dalam www.kelantan.tv kalau ader

arrogance of poweraper ini??keanggkuhan kuasa yang nyata ditunjukkan oleh salah satu parti politik di Malaysia..

kuat KJ kene malam tu

Amat menarik perhatian hujah2 yg dijawab dan dinyatakan oleh Dato Paduka Husam Musa(DPHM) sungguh bernas dan power2 skali

"terima kasih kerana anda menyokong saya untuk bertanding jawatan ketua pemuda umno"kata KJ kepada DPHM

"saya x sokong pun saper2 dalam pemilihan UMNO...mukhriz menang pun ok,kalau saudar menang pun ok.." balas DPHM..

haha..kene pulak...

KJ banyak x jawab soalan2 panas...
die banyak membelit dan meng"auta"kan fakta2..


ish2..

Ak berada dikawasan penyokong yang semua panas2.dan sungguh lantang bersuara sehinggakan suara ak pun turut serak..

apabila ditanya mengenai "adakah KJ akan cuba mengemukan cadangan untuk mentadbir bumi ALLAH nie dengan hukum Islam"

KJ menjawab...saya akan cuba untuk membawa ke peringkat dasar umno..


percaya ker>>

laung pendengar2 setia

"Takbir lar Khairy!!!!"

Sampai satu seisi soal jawab dgn penonton antara seisi yang sangat menarik..sampai berebut2 mic...x cukup tgn..

erm

satu jer saya nak kongsi,

Presiden Kelab Penyokong CIna PAS Kebangsaan,seorang rakyat Malaysia berbangsa cina menanyakan KJ tentang kesaksamaan kepada semua makhluk ciptaan Allah Subhanah WataAla..sekali die sebut lar "Allah Subhanah WataAla"..Takbir!!!

Sungguh menarik Forum semalam yang banyak mendedahkan dan memberi info2 penting dan perkongsian pendapat terhadap transformasi politik di bumi tanah Air kita ini..

Ambil yang jernih,buang yang keruh...

Prof. Aziz Barri banyak menegaskan yang rakyat Malaysia membayar cukai sebab itulah rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan semua pendapat2 dan kedengkelan yang dibawa oleh sesetengah pihak...


Wallahu 'alam..

Salam.

8 comments:

  1. Masa penerbangan Haji, pramugari yang bekerja bukan pramugari MAS yang biasa. Mereka adalah yang special, dikenali sebagai "charter crew". Mereka tidak bekerja dalam penerbangan MAS yang lain.

    ReplyDelete
  2. Jangan mudah gembira dgn 'kekalahan' KJ dlm forum itu..

    Jangan terlalu awal 'memenangkan' PAS dlm forum yg seminit dua itu..


    Hakikatnya KJ mereka telah 'berjaya' dlm 'kekalahan' itu..

    berjaya apa?

    berjaya meneroboskan satu isu yg mampu memporak perandakan mata fikiran rakyat trhadap PAS.,

    isu yg mampu meretak belahkan PAS drpd barisan PR

    isu yg bakal mnjadi modal kpd BN dlm kempen di kuala terengganu

    apa dia?

    ISU HUKUM HUDUD!

    Lihat sahajalah nanti bagaimana media menjadi jentera mereka dlm mmporak perandakan PAS dgn satu isu ini shj..

    lihat shjlah nnti bgaimana media mengadu dombakan pemimpin2 PAS dgn isu itu shj..TV , surat Khabar, dll..tunggu dan lihat.

    Inilah 'bayaran' nya drpd 'kekalahan' KJ dl forum itu,

    utk menimbulkan isu ini saja, bukan apa

    lihat..mudah sahaja rancangan mrk ini mengikut flow spt mrk rancangkan,

    sdgkan kita gembira n brpuas hati dgn 'kekalahan' KJ di forum itu.



    Usah gembira memintas motor kapcai di depan dgn volkswagen yg kita ada, tanpa melihat ada lori balak datang dr arah bertentangan.. kelak berkecai juga kita nanti

    ReplyDelete
  3. fanatik tidak bertempat. kj bukan sebarang lawan, sudah masak dgn rencah politik malaysia. pas menang sorak tapi dibayar dgn harga yg cukup mahal

    ReplyDelete
  4. erm..orang yang sudah tahu asam garam mungkin sudah tahu..sebenarnya dalam forum tersebutlah juga media dibongkar...

    "sesungguhnya Allah bersama org2 yang benar"....

    Mendaulahkan syiar Islam dan Hukum ALLAH di muka bumi ini merupakan satu fardhu ain kepada kita...

    sama2 lar usaha2..setakat yang mampu...kalau ader jawatan gunakanlah sepenuhnya untuk menyamoaikan sebaik mungkin risalah tersebut tanpa terlupa akan masyarakat lain..

    ReplyDelete
  5. Ya, semua. Pramugari MAS yang bekerja sepenuh masa tidak bekerja untuk penerangan Haji. Yang bekerja untuk Haji adalah krew contract.

    ReplyDelete
  6. Anyway, ye lah, memang tak elok tak bertudung ni. Cuma part diorang "buka tudung untuk penerbangan biasa" je. Fakta tu tak betul. Bukan macam tu, tapi ye lah, pada pandangan public, itu lah keadaannya. Bukan saya backing diorang, cuma ceritakan keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada wkw kerana menegur saya..namun satu fardhu kifayah kepada kita untuk mwujudkn @ membaiki kesalahan sebegitu rupa sebab aurat2 nie x leh wat main..Printah Allah..InsyaAllah sama2 lah kita usaha

    ReplyDelete