Friday, December 05, 2008
Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat
Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. .
Thursday, December 04, 2008
Little Mosque on the Prairie

The series focuses on the Muslim community in the fictional prairie town of
It was announced at the Banff World Television festival this week that US Fox network will be developing their own version of hit Canadian sitcom Little Mosque on the Prairie. It's a show about a Muslim community living among their indigenous neighbours in a small Canadian prairie town. It's a gentle affair not unlike Ballykissangel. Just swap Catholicism for Islam and Stephen Tompkinson for the rather more dashing Zaib Shaikh.for more
http://us.imdb.com/title/tt0923293/
http://en.wikipedia.org/wiki/Little_Mosque_on_the_Prairie
http://www.cbc.ca/arts/tv/little_mosque.html
http://eztv.it/shows/431/little-mosque-on-the-prairie/
PM ingin selasai semua isu utama sebelum berundur
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau ingin menyelesaikan isu mengenai rasuah, suruhanjaya pelantikan hakim dan suruhanjaya aduan khas sebelum melepaskan jawatan pada Mac tahun depan kerana negara akan menghadapi masalah jika semua ini tidak ditangani. [+]
Pemimpin politik anjur perhimpunan haram adalah penjenayah: KPN
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menyifatkan pemimpin parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan yang menganjurkan perhimpunan haram sebagai penjenayah. [+] 11:16 AM
Zaid Ibrahim pertikai cara pemecatannya
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau tidak terperanjat dipecat daripada Umno, semalam. [+] 11:12 AM
Harapan Baru.
Wednesday, December 03, 2008
Tidak Ada Alasan Untuk Meninggalkan Solat
Sama2 lah kita usaha untuk menjaga solat berjemaah utk bahagia dunia dan akhirat...amalan yg tak pernah ditinggal oleh Rasulullah saw, sahabah2 nya dan para solihin...
Lihatlah di sekeliling kita di seluruh dunia seperti gambar2 di bawah org2 yg menjaga solat mereka...di padang pasir, di tengah timbunan salji, di dlm kapal terbang, di stesyen keretapi, di jalan raya dsb..
kita kat Malaysia ada surau masjid banyak...sama2 lah kita kuatkan azam niat kuatkan semangat untuk solat Subuh, zohor, asar , maghrib, isyak berjemaah di surau masjid.....azam dan doa kepada Allah semoga kita semua digolongkan Allah bersama mereka yg Allah redhai..amin.












Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau tidak menghiraukan artikel ini, malah dia juga tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Monday, December 01, 2008
Fahamilah Betul2
Semalam dalam perjalanan balik ak tgk satu kemalangan yang melibatkan unser dan bas.
Salah seorang yang terlibat kene2 anak kepada Cikgu Mat ahli jemaah masjid Al-Muttaqin..Al Fatihah untuk mereka yang terlibat..ak x sempat nak snap gambar sebba ak drive time tu.
4 rakan sekerja maut MPV bertembung bas
KUALA KRAI: Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur, bertembung dengan sebuah bas ekspres dekat Sungai Sam di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Kilometer 107, Jalan Gua Musang-Kota Bharu itu, mangsa yang terbunuh ialah Penolong Pegawai Pustaka PPAK, Anidah Mohamed, 55; pemandu Wan Mustapa Wan Mohamad, 56; dan dua petugas PPAK, Nik Farah Suhaniz Nik Baharishah, 33, serta Munirah Muhamad, 44.
Semua mangsa yang tinggal di sekitar Kota Bharu mati di tempat kejadian, akibat tersepit dalam MPV terbabit yang remuk teruk akibat pertembungan dengan bas ekspres E-Mutiara itu.
Bagaimanapun, pemandu bas ekspres terbabit, Zulkifli Mohamad, 38, bersama 36 penumpang yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Jaapar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Unser milik PPAK yang dipandu Wan Mustapa dikatakan cuba memotong dua kenderaan di hadapannya sebelum bertembung bas ekspres terbabit.
“Berdasarkan maklumat awal, ketika kejadian, MPV yang datang dari arah Gua Musang itu cuba memotong dua kenderaan di hadapannya dan gagal memasuki semula laluannya menyebabkan ia bertembung dengan bas ekspres sarat penumpang yang datang dari arah bertentangan.
Sepasukan 14 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kuala Krai dan Gua Musang diketuai oleh Pegawai Penjaga Balai Bomba Kuala Krai, Che Nasir Hassan, tiba di tempat kejadian jam 4.50 petang.
Dua mangsa tersepit di tempat duduk depan kenderaan itu, manakala dua lagi penumpang wanita sudah dikeluarkan orang awam yang tampil membantu sebaik menyedari kemalangan itu.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail, ketika dihubungi, berkata bas ekspres E-Mutiara milik syarikatnya itu bertolak kira-kira jam 10 pagi dari Kota Bharu untuk perjalanan ke Kuala Lumpur bersama 36 penumpang dan dua pemandu.
Katanya, berikutan kemalangan itu, pihak syarikat menghantar sebuah bas gantian untuk membantu menghantar penumpang ke balai polis bagi memberikan keterangan sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.
Tentang YOga..
APA hal bising-bising fasal fatwa yang mengharamkan yoga bagi umat Islam. Fatwa sudah dikeluarkan setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil masa yang panjang untuk mengkaji sama ada amalan yoga itu haram atau halal bagi umat Islam. Tidak mungkin fatwa itu akan ditarik balik, sekalipun banyak NGO yang menggunakan nama Islam membantah. Apatah lagi jika yang membantah itu NGO bukan Islam.
Antara yang lantang ialah Sisters In Islam (SII), sebuah NGO wanita yang kononnya mewakili wanita Islam atau Muslimin. Ada-ada sahaja yang SII bantah. Dulu ia membantah fasal poligami, seolah-olah menuntut amalan itu diharamkan. Andainya SII layak memberikan fatwa, pasti sudah banyak benda yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.
(Lihat komen Sisters In Islam dalam Utusan Malaysia )
Maaf cakap. Ada satu hadis yang menyebut bahawa ramai penghuni neraka adalah wanita. Agaknya suka membantah hukum-hakam adalah salah satu sebab ramai wanita terjerumus ke dalam neraka, selain tidak taat kepada suami.
Dalam soal fatwa mengenai yoga ini, apa perlu SIS bising-bising. Ikut sahajalah. Janganlah berhujah dari segi logik tentang kebaikan senaman yoga.
Majlis Fatwa Kebangsaan pun telah menjelaskan bahawa bab senaman fizikal yoga adalah tidak bercanggah dengan ajaran agama. Yang majlis itu khuatir ialah apabila pengamal-pengamal yoga cuba meningkatkan amalan mereka dengan mencuba bab-bab yang melibatkan unsur-unsur rohaniah agama Hindu, termasuk mencari kedamaian melalui mantra dan meditasi untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan pengamal-pengamal yoga dari kalangan penganut agama Islam ini merosakkan akidah tanpa sedar apabila mereka mengamalkan senaman budaya Hindu secara sistematik ke peringkat yang lebih tinggi.
Persoalannya, adakah tanpa yoga ahli-ahli SII tidak mempunyai cara lain untuk menyihatkan tubuh badan dan akal fikiran? Setahu Si Keldai ada banyak bentuk senaman yang boleh dilakukan tanpa sebarang unsur yang melibatkan akidah. Malah orang-orang Melayu sendiri mempunyai amalan senaman tradisi yang wujud lebih lama daripada senaman aerobik yang diperkenalkan oleh Barat. Tanyalah orang-orang tua yang panjang umur. Pasti mereka mengamalankan senaman yang diwarisi daripada nenek-moyang dahulu. Orang Cina pula mewarisi senaman taici yang tidak melibatkan unsur-unsur kerohanian.
Jika ahli-ahli SII masih mahu meneruskan amalan yoga, tepuklah dada dan tanya selera. Nah…berapa ramai yang mengaku Islam berzina dan minum arak, walaupun mereka tahu perbuatan itu adalah dosa besar.
Ini adalah soal iman. Apa yang Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan adalah satu panduan setelah melihat semakin ramai umat Islam, khususnya wanita terlibat dalam amalan ini. Jika fatwa tidak dikeluarkan, mungkin lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas-kelas yoga. Sekiranya SII menganggap amalan yoga itu tidak bertentangan dengan kesucian agama Islam, teruskanlah beryoga.
Tapi ingatlah betapa ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan larangan meminum arak dulu, ada sahabat-sahabat yang sedang minum arak terus mencampakkan gelas minuman. Dan mereka tidak lagi mengulangi amalan jahiliah itu sampai mati. Mereka lakukannya tanpa soal atas dasar keimanan.
Maka apa perlunya SII dan lain-lain NGO yang dianggotai orang Islam mempertikai fatwa mengenai yoga ? Nampak sangat mereka tidak memahami erti iman dan beriman. Orang yang beriman bukan sahaja tidak akan melakukan perkara yang sah haram, malah akan menjauhi perkara-perkara yang hanya berunsur was-was dan syak wasangka.
Perbuatan SII hanyalah memburukkan imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka jika SII membantah, tentulah NGO-NGO bukan Islam akan teransang untuk membantah 10 kali lebih hebat.
Jika SII mahu terus membantah, pakailah saja nama baru Sisters Anti-Islam.
sumber - Malaysiaaktif.com



