Friday, September 24, 2010

sejahtera keatas kamu



salam kepada smua..

alhamdulillah.masih lagi diberi kesempatan utk terus berada dibumi Allah yang maha indah ini.

selagi pemilik jiwa ini masih memberi peluang untuk terus ingat kepadaNya.bersyukurlah wahai manusia2 sekalian..jangan sesekali kita lupe dengan rahmat dan pemberian dan nikmat yang diberikan kepada kita.bersyukurlah.

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)".
(002:152)

sudah rasa terlalu jauh.masyaAllah.kenape.

leka.
alpa.
lalai.
hanyut.

kemana tujuanku?
kemana hilang nya madah pujangga?
kemana hilangnyer semangat?

Ya Allah
kuatkanlah ak dengan penuh kesabaran dan keteguhan iman untuk menempuh segala onak dan duri kehidupan.

luahan.hanya satu luahan.perubahan bermula diri sendiri.iA.

selawat dan salam diutuskan kepada Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

insyaAllah sahabat2 sekalian.ingin berkongsi serba sedikit cerita2 sy yg x seberapa.
ingin melontar madah2 dalam bahasa kelantan.tapi mood hari ni ingin juga sesekali bermadah dalam bahasa yang agak formal.

insyaAllah hari2 seterusnya akan muncul travelog2 dari sy sendiri.

insyaAllah sama2 kita berdoa untuk sama sejahtera dunia akhirat untuk diri kita, ibu bapa yang telah mendidik dan mengasuh kita sejak dari kecil,sanak saudara,guru2,sahabat2 dan seluruh muslimin muslimat.doakan kawan2 kita supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjuk.
~bersama basikal arwah atuk di kampung halaman~

"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(073:020)