Wednesday, December 16, 2009

Esok Final Bola Sepak Sukan SEA : Awal Muharam Jangan Lupa!

Syabas diucapkan kepada skuad bawah 23 Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir pada Sukan SEA yang ke XXV , Mereka yang berazam untuk merangkul pinggat emas dalam acara bola sepak yang begitu lama dinantikan mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya ada rasa ingin menang dan tiada tekanan dari mana-mana pihak agar mereka boleh bermain dengan tenang dan mempunyai keyakinan penuh untuk menang, sudah tentu mereka akan bermain dengan penuh semangat dan yang penting adalah keizinan Allah untuk menang.

Perlawanan akhir ini akan berlangsung bermula pada pukul enam petang hari khamis bersamaan 17 Dis 2009, pada hari yang sama merupakan hari sambutan Awal Muharram 1431H yang disambut oleh semua umat islam dan caranya adalah pergi ke masjid atau surau dan membacakan doa akhir tahun sebelum maghrib dan membaca doa awal tahun selepas itu.

Kebiasaannya perkara ini dilakukan berjemaah dan dilakukan setiap tahun. Jangan kerana bola sebiji kita terlupa untuk ke Masjid atau Surau untuk menyambutnya. Oleh kerana perlawanan bola tersebut berlangsung hampir nak masuk maghrib takut-takut terlanjak oleh kerana keseronokan dan keghairahan untuk menang hingga terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan.

Walau apa pun Ibnu Sidek mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH kepada semua umat islam diseluruh dunia. Dan Selamat berjaya kepada skuad U23 di Sukan SEA XXV di Loas.

No comments:

Post a Comment