Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya 1430H

Assalamualaikum an selamat sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi nafas oel hAllah SWT untuk terus berada di Bumi Allah ini.

Pada kesempata ini saya nak ucapkan :

Selamat Hari Raya A'idilFitri..Maaf Zahir Batin,insyaAlah doa2kan kita berjaya dunia akhirat..

Monday, September 07, 2009

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Syukur Allah masih lagi beri ak nikmat islam n Iman.
Allah masih kurniakan Nikmat yg x terhingga kepadaku.

Terima Kasih Mama Abah.
Yang Telah Mendidik n mengajar ak sejak dari kecil.

May Allah Bless You mama Abah.

Saturday, September 05, 2009

Ramadhan:Tarawikh

Assalamualaikum.

Cerita Ini Hanyalah copy paste.
Ana x sempat nak menulis blog.tp setakat nak kongsi cetita2 insyaAllah boleh.
Semoga Ramadhan kita jgn jadi macam kulit bawang.Makin lama makin nipis.xnak g2 ek.so kita permbnyakkan amalan2 sunat n yg penting jaga yg wajib btul2..InsyaAllah.


Di Amerika Syarikat disebabkan semakin ramai yang menganut agama Islam , masjid tak cukup, jadinya rumah ibadah penganut Yahudi atau Sinagog digunakan pada bulan Ramadan untuk solat tarawih.

Dulu masa saya berada di Iowa City, Amerika Syarikat , disebabkan masjid tidak ada, kami penduduk Islam di sana menyewa salah sebuah dewan di sebuah gereja untuk dijadikan surau.

Di Malaysia masjid makin kosong di penghujung Ramadan, yang makin meriah Bazaar Ramadan, mercun dan bunga api. Apa nak jadi orang Melayu ni. Kalau lepas Ramadan lagi kosonglah masjid dan surau, yang meriah Pasar Malam, Dataran, Konsert, Jom Heboh.

Anak-anak orang Melayu sekarang pun semakin biadap dan kurang ajar. Main mercun berhampiran surau ketika orang tengah solat.

Orang Melayu jangan marah kalau kuil Hindu di Malaysia ini makin meriah. Sebabnya orang Melayu dah tak minat memakmurkan masjid dan surau , mereka minat memakmurkan Bazar Ramadan dan Pasar Malam.

Di Pedas, Rembau, dekat Stesen Timbang JPJ ada sebuah kuil Hindu tepi jalan. Setiap kali saya lalu pada waktu malam penuh kuil tersebut dikunjungi oleh penganut Hindu. Sedangkan masjid di Rembau banyak yang kosong , dan banyak pula yang terbiar dan runtuh. Contoh di sini http://nagarinansem bilan.blogspot. com/2009/ 08/rintihan- terakhir- anak-rembau. html

Tidak hairanlah semakin hari semakin banyak Bala turun di Malaysia ni, wabak pelbagai penyakit, banjir, dadah, jenayah dan banyak lagi.

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

************ ********* *
Sumber dari laman web Ustaz Hambali Seremban : http://hambalialors tari.blogspot. com/2009/ 09/umat-islam- us-sewa-sinagog- selama.html

Umat Islam U.S Sewa Sinagog Selama Ramadhan

Di daerah Reston, Virginia sebuah sinagong telah dibuka bagi umat Islam melaksanakan solat sepanjang Ramadhon khususnya untuk solat Tarawikh sebagaimana yang dipaparkan di dalam Washington Post.

Berdasarkan apa yang berlaku, salah seorang kepimpinan Yahudi di daerah berkenaan Rabbi Robert Nosanchuk menyatakan bahawa, “ Nabi Yahya (Yesaya) mengatakan bahawa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang saya tidak tahu apa yang dapat dibayangkan oleh Nabi Yahya bila sekarang ini sinagong telah menjadi tempat ibadat umat Islam selama bulan Ramadhon.” Namun idea dasarnya datang dari kata-kata Nabi Yahya a.s.

Masjid yang dapat menampung 4000 jamaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, namun sampai sekarang masih belum mampu membina ruang ibadat yang baharu dibebabkan beberapa masaalah setempat.

Sumber Islamonline http://www.islamonl ine.net/servlet/ Satellite? c=Article_ C&cid=1248188147 155&pagename= Zone-English- News%2FNWELayout

Thursday, September 03, 2009

Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pertama2 marilah kita bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(002:185)

Thursday, August 06, 2009

Syaaban ayuh muhasabah diri

Assalamualaikum,

Bulan syaaban ini ayuh kita muhasabah diri. Ramadhan cuma tinggal 15 hari sahaja lagi. Sudahkah kita bersedia menghadapi Ramadhan. Atau sempatkah kita bertemu Ramadhan yang penuh baraqah itu? Ayuh...kita berdoa kepada Illahi supaya dipertemukan dengan Ramadhan.

Allah sentiasa menyeru hambanya agar bersegera memohon keampunan kerana ajal kita bisa tiba tanpa sebarang amaran dan tanda.

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari tuhanMu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa" - [Surah Ali `Imran: 133].

Allah menyambung lagi tanda-tanda orang yang bakal menerima balasan syurgaNya dalam ayat seterusnya dalam surah Ali `Imran;

" Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [Surah Ali `Imran: 134]

Rasullullah s.a.w. telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki- Nya) dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." [Surah Asy-Syura: 49-50]

Inilah salah satu rahsia Allah swt di sebalik penciptaan makhluk-Nya. Bagi setiap orang mukmin hendaklah berusaha melakukan sebab-sebab dan yakin terhadap kekuasaan Allah swt.

Salah satu sebab-sebab yang dapat membuahkan kesembuhan adalah sedekah dan istighfar. Kisah ini dikatakan dalam kitab-kitab hadis dan secara khusus saya persembahkan kepada anda saudaraku yang mulia.

Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan: -
Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak."

Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya. "

Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.

Jabir berkata: "Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki."

Wallahu 'alam.

Oleh itu ayuh kita banyak-banyakkan sedekah dan juga istigfar di bulan Syaaban ini dan juga Ramadhan kelak.

Wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Maksiat berleluasa undang azab Allah

Mega: Apabila berlaku musibah, orang beriman akan menganggapnya sebagai ujian. Adakah terdapat perbezaan antara bala dan azab Allah?

ZAHAZAN: Secara literal, al-bala' bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala' sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang baik maupun yang buruk (Imam ar-Razi, Mukhtar al-Shihah, hal. 65).

Dalam kitab al-Tibyan fi Tafsir Gharib al-Quran dinyatakan, bahawa bala' itu memiliki tiga bentuk;

1. Nikmat (kenikmatan),

2. Ikhtibaar (cubaan atau ujian), dan

3. Makruuh (sesuatu yang dibenci) (Syihab al-Din Ahmad, al-Tibyan fi Tafsir Gharib al-Quran, juz 1, hal. 85).

Di dalam al-Quran, kata bala' disebutkan di enam tempat dengan makna yang berbeza-beza. Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala' hasanan).

Bala' dalam konteks ujian yang buruk, misalnya terdapat di dalam firman Allah SWT yang berikut: Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu. (al-Baqarah: 49).

Musibah adalah al-baliyyah (ujian) dan semua perkara yang dibenci oleh manusia. Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisan al-Arab menyatakan, bahwa musibah adalah al-dhar (kemalangan, musibah, dan bencana) (Imam Ibnu Mandzur, Lisan al-Arab, juz 1, hal. 535).

Menurut Imam al-Baidhawi, musibah adalah semua kemalangan yang dibenci dan menimpa umat manusia. Ini berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW, "Setiap perkara yang menyakiti manusia adalah musibah". (Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 1, hal. 431).

Azab pula secara literal adalah al-nakal wa al-'uqubah (peringatan bagi yang lain, dan seksaan [hukuman]) (Imam Ibnu Mandzur, Lisan al-Arab, juz 1, hal. 585).

Al-nakal adalah peringatan yang berupa seksaan atau hukuman kepada yang lain. Kata al-adzab biasanya digunakan merujuk kepada hukuman atau seksaan kelak di hari akhir. Allah SWT berfirman: Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat. (al-Baqarah: 7).

Azab Allah SWT ada dua jenis. Pertama, azab yang ditimpa kepada penduduk suatu negeri yang berakibat musnahnya keseluruhan penduduk kota tersebut (isti'sal). Misalnya, kaum Tsamud yang dimusnahkan dari muka bumi.

Kedua, azab yang sangat keras, akan tetapi tidak sampai memusnahkan penduduk negeri tersebut. Contohnya, tsunami hanya kena pada sesuatu tempat dan penduduk sahaja.

Dalam ayat 58 surah al-Israk, Allah menegaskan bahawa bala itu diturunkan bagi penduduk yang mengingkari Allah. Bolehkah kita kaitkan dengan kemunculan pelbagai penyakit termasuk H1N1 ini dengan peringatan tersebut?

ZAHAZAN: Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan dan kefasikan.

Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (al-Qashash: 59).

Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik. (al-Ahqaf: 35).

Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim). (ad-Dukhan: 37).

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan.

Jika melihat kepada ayat-ayat di atas kita tidak boleh menolak kemungkinan munculnya influenza A ini adalah akibat keingkaran manusia kepada Allah.

Adakah benar tersebarnya penyakit membawa maut, berleluasanya zina dan maksiat adalah merupakan antara tanda-tanda kecil menjelangnya hari kiamat?

ZAHAZAN: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).

Demikian juga pendapat Imam Baidhawi apabila menafsirkan ayat 41 dari surah al-Rum di atas.

Kata Imam Baidhawi, "yang dimaksud dengan kerosakan (pada ayat tersebut) adalah kemarau al-jadb), kebakaran yang bermaharajalela, tenggelam, hilangnya keberkatan dan banyaknya kelaparan, akibat kemaksiatan dan perbuatan manusia. (Tafsir al-Baidhawi, juz 2, hal. 106).

Kata beliau, musibah diturunkan oleh Allah kerana lima sebab.

Pertama, zina dibiarkan berleluasa dan jalan-jalan melakukannya seolah-olah terbentang luas melalui 'iklan' yang disiarkan. Apabila berlaku begini, akan diturunkan penyakit taun kepada sesuatu kaum itu.

Para ulama moden mengkiaskan taun itu sebagai wabak penyakit baru seperti meningitis, hepatitis, Aids, lembu gila, selesema burung dan H1N1. Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar tentang penyakit-penyakit tersebut. Punca utamanya adalah zina terlalu berleluasa.

Kedua, berlaku kemarau disebabkan umat Islam tidak menunaikan zakat. Malah ulama menyebut, jika bukan kerana binatang dan tumbuh-tumbuhan yang melata, tentulah Allah tidak menurunkan walau setitik pun hujan di muka bumi ini.

Ketiga, perbuatan menipu dalam timbangan atau sukatan. Maka, Allah akan menimpakan inflasi menyebabkan kita sentiasa berasa tidak cukup walaupun dikurniakan rezeki.

Keempat, apabila kita tinggalkan undang-undang Allah maka musuh-musuh Islam akan berkuasa melakukan apa sahaja ke atas umat Islam. Ini termasuk merampas harta dan kita hanya boleh melihat tanpa boleh berbuat apa-apa.

Kelima, lanjutan daripada itu Allah akan menimbulkan prasangka antara satu sama lain di kalangan umat Islam. Menyebabkan kita tidak boleh bersatu.

Apakah prinsip yang perlu ada bagi umat Islam apabila berhadapan dengan musibah seperti H1N1 sekarang?

ZAHAZAN: Sesungguhnya, musibah maupun azab yang ditimpakan Allah SWT kepada manusia ditujukan agar mereka kembali mentauhidkan Allah SWT. Dan menjalankan seluruh syariat-Nya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang maksud-Nya: Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepadanya hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Taghabun: 11).

Sayangnya, banyak orang memandang musibah sebagai peristiwa dan fenomena alam biasa, bukan sebagai peringatan dan pelajaran dari Allah SWT. Akibatnya, mereka tetap tidak mahu berubah dan memperbaiki diri.

Mereka tetap melakukan kemaksiatan dan mensia-siakan syariat Allah SWT. Mereka lebih percaya kepada kekuatan ilmu dan teknologi yang dicipta manusia untuk menahan bencana dan musibah, dari pada Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT.

Adanya musibah tidak menjadikan mereka rendah diri dan bersandar kepada Allah, namun menyeret mereka untuk semakin ingkar kepada Allah SWT.

Benar, salah satu bentuk pertahanan diri untuk menjaga kepentingannya adalah berusaha semaksimum mungkin untuk menangkal bencana dan musibah dengan berbagai saranan dan prasarana.

Misalnya merancang pelan induk yang komprehensif, membangun sistem hujan yang baik, mendirikan tembok dan benteng yang kukuh dan sebagainya.

Namun, ia harus tidak hanya berhenti pada aspek-aspek fizikal seperti ini saja, akan tetapi harus mencakupi peningkatan spiritual yang mampu membawa kepada ketakwaan yang hakiki. Iaitu mentauhidkan Allah SWT dan menjalankan seluruh syariat-Nya.

Ini kerana penyebab utama datangnya azab adalah kemaksiatan, bukan semata-mata kerana lemah mahupun kurangnya infrastruktur fizikal.