Monday, March 09, 2009
Ramadhan
Alhamdulillah pertama2 marilah kita bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita.
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(002:185)
Salam Maulidurrasul


Sambutan Maulidur Rasul adalah sebagai mengingati satu peristiwa yang cukup bersejarah bagi umat Islam iaitu, kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda bukan sahaja sangat bermakna kepada umat Islam, malah sebenarnya membawa mesej global islah dan reformasi.
Nabi Muhammad diutuskan ke dunia untuk membawa perubahan. Menghentikan kezaliman dan mewujudkan keadilan. Ini adalah mesej global yang relevan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira pegangan dan kepercayaan mereka. Rasulullah hadir ke dunia dan memulakan perjuangannya menegakkan kebenaran dalam suasana penuh kepayahan dan cabaran. Namun ini sama sekali tidak mematahkan semangat dan keazaman baginda untuk memastikan kezaliman dihapuskan dan keadilan ditegakkan.
Dua aspek ini, penghapusan kezaliman dan penegakan keadilan, adalah perkara asas yang menjadi tunjang Islam. Malah ia menjadi perkara asas dalam semua agama.
Justeru marilah kita sambut Maulidur Rasul bukan dengan sekadar perarakan dan laungan selawat semata-mata. Kita harus pergi lebih jauh untuk memahami mesej dan tujuan sebenar Rasulullah diutus ke muka bumi dan meneruskan perjuangan baginda dalam segenap aspek kehidupan seharian kita. Mehnah, ujian dan cabaran sentiasa merintangi perjalanan kehidupan dan dakwah Rasulullah. Begitu juga kita menghadapi cabaran dan ujian dalam perjuangan ini, walaupun mungkin pada kadar yang terlalu kecil berbanding baginda.
InsyaAllahSunday, March 08, 2009
Ketika....
Thursday, March 05, 2009
Ralit....

Monday, March 02, 2009
Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
(Segala kritikan dan pandangan, sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )Monday, February 16, 2009
Terharu.....
Sungguh terharu hati ini melihat ramai orang masih berada dalam kedhaifan kefahaman ilmu agama...dgn partyitu party ini,sambut itu sambut ini seolah-olah tiada agama dalam diri...semoga Allah memberi kesedaran kepada kita...Amin..!!
teringat satu petikan hadis yang bermaksud..
sabda Rasulullah, " Barangsiapa yang ALLAH kehendaki menjadi orang baik, indikatornya ialah ia diberikan kefahaman tentang agama ".
banyakkanlah mencari Ilmu2 agama dan berdampinglah dengan orang2 soleh..
Kerana aper??
cuba kita bayangkan,anda menjadi tuan rumah..adakah anda suka orang yang anda tak suka datang kerumah anda???
Konsep Syurga Neraka wajib diterapkan dalam diri setiap individu bernama MUSLIM..
kerana aper??
apabila nak buat sesuatu perkara seseorang Muslim tu akan terpikir adakah perkara yang ak akan buat nie menempah tiket ke syurga ker neraka??
penting disini kita mencari ilmu sebanyak yang mungkin..sepotong hadis
"tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad"(auqomaqol)
waktu nie,ramai student KY demam2 dan batuk2..
Tapi ingatlah bahawa, sabarlah setiap sesuatu yang berlaku kepada kita,jangan mengeluh..
Banyak minum air yang sudah dimasak @ air mineral...
Doa2kan supaya cepat sembuh..
Cerita ahli tasawwuf ialah mereka lebih suka berada dalam keadaan sakit kerana mereka yakin dalam kesakitanlah mereka dapat mengingati Allah lebih banyak daripada leka ketika diberi nikmat sihat kepada mereka..kita??
Futsal masih in progress............InsyaAllah final hari khamis nie..
Saturday, February 07, 2009
_~jasad diusung pergi~_
selamat sejahtera..
Dek ketika ini ak keseorangan d bilikku...semua chaletmate balik umah masing2..
Selepas seharian penuh kesibukan yakni semalam..
nie cerita berkenaan dengan bangsawan..
Bangsawan berobjektifkan ingin mengembalikan kenangan dan adat istiadat Melayu supaya dapat dihayati oleh semua pelajar KY dan Staf...
Namun bolehkan anda memberi peratusan input kedalam hati kita???
Berbagai2 tohmanhan dan kecaman dan leteran dan macam2 -an yang sungguh tidak sanggup didengar hati dan mata ku ini...
Ntah ler..aper semua ini..
Sekiranya dilakukan survey,agaknya ramai tak yang nak Bangsawan nie dislowkan@d"abolish"kan>>??
pikir ler sendiri..
Exam math..
Dalam kesibukan yang buat2 sibuk,kene ada test math...Qualifying test..
Jasad Diusung pergi...
Ketika masih dalam lena,tiba2 bunyi ringtone mesej diterima berkumandang...
daripada seorang rakan yang begitu baek namun x pernah jumpa..
"muizz,che nah dah meninggal...."
Innalillah hi wainna ilaihi raji'un....Semoga Allahyarhamah Cikgu Hasnah ditempatkan bersama org2 yang beriman...Cikgu Hasnah merupakan ckg kimia d MRSM PC...dan juga ak kenal Cikgu Hasnah d Tuisyen Pakar...
Jasad Diusung pergi..
Begitu juga yang berlaku kepada Kerajaan d Negeri Perak..semua dapat lihat kezaliman kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku....
"kamu merancang,Allah juga merancang,Namun Allah ialah sebaik-baik perancang...