Monday, August 29, 2011

RAyo doh

Assamualaikum

lamo benar ambo x menulis dalam blog ambo nie..
ape2 pun alhmdulillah..

maghrib akan tiba akan mengakhirkan ramadhan tahun nie..
sekejap sahaja merasai kedatangan ramadahan..adakah semua aim2 kite terlaksana?target2 khatam tercapai? alhmdulillah bersyukur atas segala yang Allah bg.


Perutusan Hari RAya

DIsini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sucikan segala salah silap salah paham dan lain2..


sebab ape kene mintak maap?
Pada hari raya kita disunatkan

1. Menghidupkan malam hari raya dengan beribadah kepada Allah, seperti berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih, dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

(من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى محتسبا، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب) أخرجه ابن ماجه عن أبي أمامة.

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Korban, maka hatinya tidak mati pada suatu hari yang mana hati-hati orang lain mati.”

2. Mandi, memakai wangian, memakai pakaian yang baik bagi lelaki seperti hari jumaat, bagi menzahirkan nikmat Allah dan bersyukur di atas nikmat tersebut. Ini kerana Rasulullah SAW mandi pada hari raya Fitrah, hari raya Korban, baginda memakai wangian pada hari raya, walau pun dari wangian isterinya. (Riwayat Baihaki dari Ibn Abbas.)

Waktu mandi, pada pandangan Hanafiah dan Hanabilah, ialah selepas subuh sebelum pergi ke masjid. Di antara dalil, sunatnya perkara tersebut ialah:

قال الحسن :( أمرنا رسول الله في العيدين أن نلبس أجود ما نجد، وأن نتطيب بأجود ما نجد، وأن نضحي بأثمن ما نجد...) رواه البخاري.

Maksudnya: Hasan berkata: “Rasulullah SAW menyuruh kami pada dua hari raya, supaya kami memakai sebaik-baik pakaian yang kami ada, kami memakai wangian yang terbaik yang kami ada, dan kami korbankan benda yang paling berharga yang kami ada…” Riwayat al-Bukhari.

3. Makan dahulu sebelum keluar menunaikan solat pada Hari Raya Fitrah, tidak sunat pada hari Raya Korban. Disunatkan makan dahulu beberapa biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, dan dilewatkan makan pada hari raya Korban sehingga balik dari menunaikan solat, maka dia boleh makan masakan dari hasil korbannya, atau hasil korban orang lain, jika ia tidak berkorban. Ini berdasarkan hadis Anas:

(كان رسول الله لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات) رواه الحاكم

Maksudnya: (Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga baginda makan beberapa tamar.)

حديث بريدة: (أن رسول الله لا يخرج يوم الفطر حتى يأكل، وكان لا يأكل يوم النحر حتى يصلي) رواه الترمذي وابن ماحه.

Maksudnya: Hadis Buraidah (Bahawa Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Fitrah sehingga baginda makan, dan baginda tidak makan pada hari Raya Korban sehingga baginda solat.)

4. Bertakbir ketika hendak pergi menunaikan solat sunat hari raya, selepas solat subuh, dengan tenang, bersopan dan dalam keadaan berjalan kaki, dengan keinginan untuk menambahkan pahala. Ini berdasarkan kata-kata Ali r.a. :

(من السنة أن يخرج إلى العيد ماشيا) رواه مسلم

Maksudnya: (Antara sunnah Rasulullah ialah keluar untuk soalt hari raya dalam keadaan berjalan kaki.)

Manakala Imam solat, sunat baginya lewat datang ke masjid sehingga dekat waktu untuk mendirikan solat tersebut. Ini berdasarkan hadis Abi Said al-Khudri r.a.:

(كان النبي (ص) يخرج يوم الفطر والأضحى إلى المصلى، فأول شيئ يبدأ به الصلاة) رواه الترمذي

Maksudnya: (Nabi SAW keluar pada hari Raya Fitrah dan raya korban ke musalla, maka perkara pertama yang baginda mulakan ialah solat sunat hari raya.)

Dan tidak menjadi larangan untuk menaiki kenderaan ketika berjalan pulang.

Antara sunnah Rasulullah SAW juga ialah pulang dari masjid mengikut jalan yang berbeza supaya langkahnya disaksikan oleh dua batang jalan, ketika pergi dan ketika pulang. Walau pun begitu, tiada halangan untuk pulang mengikut jalan yang sama.

5. Menunaikan zakat fitrah sebelum manusia keluar untuk menunaikan solat.

6. Bersikap pemurah kepada ahli keluarga, banyakkan bersedekah bagi mengelak orang yang memerlukan dari meminta-minta, menzahirkan perasaan riang di muka ketika berjumpa dengan orang lain, menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai, menzahirkan perasaan gembira, menguatkan hubungan ukhuwah, sunat ucapkan tahniah dengan hari raya. Terdapat satu riwayat hadis:

رواه جبير بن نفير قال: (أصحاب رسول الله إذا التقوا يوم العيد قال بعضهم لبعض : تقبل الله منا ومنكم) قال الحافظ ابن حجر.

Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah SAW, apabila mereka berjumpa pada hari raya, mereka ucapkan sesame mereka “Moga Allah menerima amakan kami dan amalan kamu.”

7. Diharuskan berseronok pada hari raya: berseronok pada perkara yang dibenarkan, nyanyian yang baik; seperti nasyid, untuk merehatkan jiwa. Ini berdasarkan kata Anas:

(قدم النبي (ص) المدينة، ولهم يومان يلعبون فيها، فقال: قد أبدلكم الله تعالى بهما خيرا منهما يوم الفطر والأضحى.) رواه النسائي وابن حبان.

Maksudnya: “Ketika Rasulullah datang ke Madinah, dan bagi penduduk Madinah terdapat dua hari yang mereka berseronok padanya, maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kebaikan bagi kamu dengan dua hari tersebut, iaitu hari raya fitrah dan hari raya korban.”

8. Berlumba melakukan amalan soleh pada hari 10 zulhijjah.

(Petikan dari: Kitab الوجيز في الفقه الإسلامي karangan Dr. Wahbah Zuhaily, jld.1.)


bnykkN so selamat beramal..

Lepas raya ni kene g SBE @ Pengalaman Berasaskan sekolah utk seminggu di SK Merbau KB.

Doakan segala kebaikan untuk diri kita.

Salam Lebaran ikhlas dari saya,


Abdul Muizz Mohd Rasani

Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) Sains,SR.

Institut Pendidikan Guru KampusSultan Mizan,

Besut,Terengganu Darul Iman.